in

Selamba Jalan Atas Alas Makanan, Tindakan Petugas Tanah Suci Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

ft petugas hajipijak plastik

Lain orang lain adab dan budayanya, mungkin bagi mereka ia perkara biasa tetapi bagi budaya kita ia tidak elok dan tidak senonoh, namun begitu, kita tidak boleh mempertikaikan adab orang dan perlu hormat mereka lebih-lebih lagi jika kita sedang melakukan ibadat.

Antara contoh yang kita dapat lihat adalah video yang kini sedang meraih jutaan tontonan di TikTok dimana cara pengagih makanan dan minuman buat jemaah di tanah suci telah mendapat perhatian netizen.

 

Selamba lalu atas alas plastik tempat jemaah makan

Seorang pengguna TikTok dikatakan kini sedang berada di tanah suci, jemaah ini ada kongsikan detik terindah buatnya menerusi beberapa video sepanjang berada di sana.

Salah satu video ada menunjukkan waktu di saat para jemaah dihidangkan makanan dan minuman oleh petugas kepada mereka. Namun begitu, rakaman menunjukkan bahawa petugas memberikan air kotak dengan cara lempar kepada para jemaah.

Dalam video lain, dilihat di hadapan jemaah yang sedang duduk bersila untuk makan terbentang plastik sebagai alas untuk mereka makan namun petugas pijak ke atasnya sambil agihkan air kotak  sebelum berlalu pergi. Video ini turut mendapat perhatian netizen di Twitter.

Bagaimanapun video ini telah dipadamkan oleh pemilik asal di TikTok.

Video ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang mempertikaikan ada juga yang menjelaskan bahawa ia satu perkara yang diperbesarkan. Ini kerana makanan yang diberikan sudah dibungkus siap-siap dan ia tidak akan dihidangkan di atas plastik itu.

Menurut netizen, ia bertujuan untuk alas daripada makanan terjatuh atau tertumpah kerana ruang yang mereka makan itu adalah ruang yang sama jemaah-jemaah lain mengerjakan solat.

 

Ini normal – Netizen

Screenshot 2022 07 18 113955 Screenshot 2022 07 18 114033 Screenshot 2022 07 18 114140

Hurm, itu sebablah kita kena faham budaya, tak boleh samakan budaya orang dengan budaya kita. Apa yang penting urusan ibadah haji/umrah berjalan dengan lancar.

Baca : “Islam tidaklah semberono mengherdik trans” – Penulis Jelaskan Sajat Berhak ke Tanah Suci Sebab…

sajat 3