in

“Selamat tinggal ayah” – [VIDEO] Anak-Anak Reda Bapa Pergi Ke Mekah Untuk Selama-lamanya

page mekah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita bercakap tentang Tanah Suci Mekah dan juga Madinah mesti terbayang jemaah umrah ataupun haji mengerjakan ibadah diorang terutamanya di Masjidil Haram kan?

Bagi sesiapa yang pertama kali menjejakkan kaki di sana pastinya akan jatuh cinta dengan bandar yang penuh sejarah Islamik itu sampaikan ada yang memasang niat untuk kembali ke Mekah jika diberi peluang sekali lagi.


Seperti baru-baru ini, menerusi perkongsian video di akaun TikTok @leesaridzkyi212, dia bersama dengan adik-beradiknya lain berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk keberangkatan ayahnya ke Tanah Suci Mekah.

https://www.tiktok.com/@leesaridzki212/video/7072493879089499418?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8jnnDeoYL5XFnWqDMwqCZclChFQJkezF2JB%2BBukr7laxTjdr5U8Y8n5EM%2Bj9rHZ4gZ7%2BOFriYqIzUIBJiGgA%3D&_r=1&language=en&mid=6898550981882038274&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAArjEzXj6q-JtbhXP0Y-GmFOU28akZNc8dpP9YfjPupsXiZaNm0KwwI9ITeB-1u76N&share_app_id=1180&share_item_id=7072493879089499418&share_link_id=2ff0e659-514e-4156-8854-496ee971b61e&social_sharing=v3&source=h5_t&timestamp=1646745035&u_code=dl89cikjgg64h0&ugbiz_name=Main&user_id=7020698229357134875&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah tujuan ayahnya ke Tanah Suci Mekah yang mana dia pergi ke sana untuk tinggal di sana buat selama-lamanya dan bukannya untuk mengerjakan umrah selama dua minggu.

“Perasaan kosong, selalu termenung”

Keputusan itu dibuat oleh ayahnya disebabkan oleh perasaan kosong yang dialami selepas kematian isteri tercinta tetapi tidak mahu mendirikan rumah tangga sekali lagi walaupun disuruh oleh anak-anaknya.

“Lepas arwah mama meninggal hidup ayah mcm kosong, selalu termenung.. adek bradek dye soh dye kawen, tp dye tak nak.. bukan tu yg dye cari.” – Ujar pemilik video

Perkongsian video itu telah meraih pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata mendoakan agar ayahnya diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada Mekah dan ada juga yang berkongsikan pengalaman ahli keluarganya yang turut tinggal di sana buat ‘selama-lamanya’.

tiktok full 3

 

Seronoknya yang dapat pergi Mekah sekali lagi! Untuk ahli keluarga pakcik ni, pastikan selalu keep in touch okay? Semoga lebih tenang dia kat sana…

Baca: “Dari kecik nampak dia” – 28 Tahun Kerja di Stesen Minyak, Majikan Hadiahkan Makcik Pakej Umrah

untitled 2 6

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.