in

Selamat Timang Puteri Sulung, Dai Syed & Hana Ismail Namakan Anak ‘Sharifah Fatma Nour Jamalullail’

Syaz Ft 2024 08 16T132949.202

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri kepada pendakwah selebriti Dai Syed, pengacara Hana Ismail selamat melahirkan anak sulung mereka pada 14 Ogos lalu.

Dalam hantaran terbaru di Instagram, pendakwah itu mengumumkan puteri  sulungnya itu selamat dilahirkan secara normal dan diberi nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.


Artikel berkaitan: “Auto jadi muka Malaysia” –  Netizen Teruja Lihat Dai Syed ‘Promote’ Baju Melayu Di Mesir, Siap Bagi Orang ‘Try’

Artikel berkaitan: Mengaku Tak Bersalah, Dai Syed Dibebaskan Dengan Ikat Jamin Tapi Dengan Syarat...

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

“Alhamdulillah, we are finally a family of 3, perkenalkan Sharifah Fatma Nour Jamalullail lahir pada 14 Ogos 2024 bersamaan 9 Safar 1446H.

Syukur pada Allah atas kelahiran Puteri sulong kami, dan Hana Ismail bersalin secara normal. Mohon Doakan kebaikan buat keluarga kecil kami,” tulisnya.

Dalam pada itu, Syed turut berkongsi maksud dan makna nama yang diberikan kepada puteri sulung mereka.

“Sharifah bermaksud yang mulia, Fatma adalah pemberian dan Nour adalah cahaya,” tulisnya.

“Tahniah Hana & Syed!” 

Perkongsian itu menarik perhatian netizen serta rakan artis, rata-rata memberikan ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Cats 18

Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah mendapat lebih 300 komen serta 34.6K tanda suka.

Sebagai info, Syed mendirikan rumah tangga dengan pengacara Hana Ismail pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.