in

“Selamat maju jaya Rafizi” – PMX Nyatakan Tak Perlu Rombak Kementerian Ekonomi

syaz ft 2025 06 16T161508.095

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, heboh apabila Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menyatakan beliau sudah meletakkan jawatan bagi portfolio tersebut.

Pun begitu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menyatakan tidak ada keperluan untuk merombak kementerian tersebut.


Artikel berkaitan: “Surat peletakan jawatan dah diterima tapi saya belum luluskan” – PMX Harap Bekas Menteri Rafizi Ramli & Nik Nazmi Sertai Semula Kabinet

Artikel berkaitan: PMX Minta Penjelasan Putin Tentang Laporan Rusia Bertanggungjawab Tembak Jatuh MH17

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai khabar angin bahawa kementerian itu akan ditutup selepas Datuk Seri Rafizi Ramli nekad melepaskan jawatan anggota Kabinet.

“Saya fikir tidak ada keperluan untuk kita rombak apa-apa setakat ini dan saya ucap selamat maju jaya kepada Rafizi yang telah berkhidmat begitu baik sebagai Menteri Ekonomi.

Saya akan putuskan pada waktunya mana-mana menteri atau kementerian menjalankan tugas,” katanya.

Menurut laporan Harian Metro, Kementerian Ekonomi dulunya Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan kemudian dalam beberapa tahun ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang pertama, dibentuk satu kementerian.

PMX berkata, EPU adalah agensi yang berkesan di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan kemudian sebuah kementerian ditubuhkan yang sebenarnya menguruskan fungsi EPU.

Sebelum ini, terdapat perbincangan memansuhkan kementerian itu dengan mewujudkan semula EPU di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai satu agensi Pusat.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.