in

“Selamat beristirehat di penjara” – Keluarga Lega Bekas Suami Jahidah Terima Hukuman

JAHIDAH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli keluarga wanita dipukul sehingga koma oleh bekas suami, Jahidah Nordin@Sylvester, 46, bersyukur selepas Mahkamah Sesyen Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Rosmaini Abd. Raof, 41.

Adik Jahidah, Fazariah Nordin, meluahkan rasa lega dengan keputusan yang telah lama dinantikan mereka sekeluarga iaitu sejak kira-kira tiga tahun lalu selepas kejadian berkenaan.


Artikel berkaitan: B*lasah Bekas Isteri Sampai Koma, Bekas Suami Jahidah Dipenjara 10 Tahun

Artikel berkaitan: Jahidah Masih Terlantar Di Atas Katil, Anak Umur 3 Tahun Berstatus OKU

“Selamat beristirehat di penjara”

Menerusi perkongsiannya di Facebook, dia menyatakan perasaannya kini sama seperti mengetahui tertuduh berjaya ditahan selepas melarikan diri selama 38 hari selepas melakukan kekasaran kepada kakaknya sehingga dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Jelasnya, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara kepada Rosmaini tanpa dibenarkan ikat jamin.

“Bila dengar mahkamah jatuhkan hukuman dan tak boleh diikat jamin lagi, terus masuk penjara, Ya Allah tau tak rasa dia sama macam masa menanti dia kena cari sebelum ni.

“Senang-lenang kau selama ini dekat luar. Boleh makan sedap-sedap, pergi sana sini, boleh tengok TV, serba serbi best la hidup kau selama ini,” tulisnya.

Fazariah turut meluahkan selama 25 tahun kakaknya bekerja di Semenanjung Malaysia, tiada apa-apa pun terjadi sehinggalah dia berkahwin dengan lelaki tersebut.

Screenshot 2024 12 09 170638

Keluarga tidak akan maafkan

Memetik laporan Kosmo!, keluarga memaklumkan keadaan Jahidah disifatkan seperti mayat hidup kerana terlantar dan tidak dapat menguruskan diri sendiri.

“Kakak saya macam mayat hidup. Kenapa kakak saya diperlakukan macam itu. Kenapa kau belasah kakak aku, aku takkan maafkan kau,” kata adik Jahidah, Fauziah Nordin sambil menuding jari ke arah tertuduh yang berada di kandang pesalah.

WhatsApp Image 2024 12 09 at 15.17.12 e1733730496576

Katanya lagi, tertuduh dan juga ahli keluarganya tidak pernah berhubung dan bertanya khabar tentang Jahidah atau anaknya, selain tiada satu sen bantuan pun diberikan kepada mereka.

Difahamkan, kakak sulung daripada tujuh beradik itu masih bergantung kepada susu khas yang perlu diberikan setiap empat jam sekali dan diganti lampin pakai buang.

Susulan keputusan hukuman itu, keluarganya kini mahu membina hidup baharu dan akan terus memandang ke hadapan dengan tumpuan sepenuhnya diberikan untuk membesarkan anak tunggal Jahidah iaitu Eshan Nufail yang kini berstatus OKU kerana lambat bercakap dan berjalan.

Sumber: Kosmo!, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.