in

“Selama ni salahlah?” – Bukan Untuk Halau Lipas, Ini Fungsi Sebenar Ubat Gegat

Ubat Gegat Lipas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam banyak-banyak serangga, yang ditakutkan orang ramai ialah lipas lebih-lebih lagi apabila serangga ini mula ‘terbang’.


Lipas antara makhluk perosak yang sering ditemui dalam perabot seperti kabinet atau laci terutama di ruang dapur. Serangga ini gemar bertelur di tempat tersorok, gelap dan lembap termasuk di celah atau sudut perabot selain meninggalkan najis di tempat membiak.

Selama ini bila kita nak halau lipas, kita akan guna racun serangga atau ubat gegat dengan harapan makhluk perosak itu tidak akan muncul kembali.

Screenshot 2023 03 16 142347

Tetapi, sebenarnya penggunaan ubat gegat langsung tidak memberi kesan kepada lipas!

Seorang pengguna Twitter yang juga pakar kawalan mahkluk perosak dan serangga, Naim AJ berkongsi mengenai kegunaan sebenar ubat tersebut.

Menurut Naim, penggunaan ubat gegat untuk menghalau lipas boleh dikatakan mitos sahaja. Sebabnya, beliau sendiri pernah melihat lipas makan ubat gegat ketika kerja di bahagian pest control.

Nama ubat gegat itu sendiri diambil daripada serangga bernama gegat atau nama lainnya, silverfish.

Image 110

Ia merupakan serangga perosak dalam kategori Crawling Insect Pest. Tidak berbisa, tapi boleh merosakkan banyak benda dalam rumah kita.

Serangga ini suka duduk di tempat yang lembab dan sejuk. Bukan itu sahaja, ia boleh makan fabrik, kayu, buku, kertas dinding, sisa makanan dan macam-macam lagi.

Paling biasa kita akan jumpa di buku-buku lama sebabnya makhluk ini suka makan gam pada kertas.

Ubat gegat bukan untuk halau lipas

Screenshot 2023 03 16 141812

Ubat gegat diperbuat daripada bahan Dklorobenzina atau Naftalena (Naphtalene). Dua jenis bahan ini merupakan jenis bahan bakar.

Bau yang dihasilkan dari ubat gegat sebenarnya hasil dari gas yang meruap dari ubat tersebut.

Gegat akan terkesan dengan gas daripada ubat itu walaupun ia menyorok di celahan lipatan baju atau kertas di tempat simpanan. Selain itu, ubat gegat juga berkesan untuk moth dan kamitetep.

Manakala lipas tidak akan terkesan dengan gas dari ubat gegat kerana ia adalah serangga yang mudah imune dengan racun.

“Sebab itu, lipas boleh selamba makan je ubat gegat ini. Tak percaya, cuba letak ubat gegat ini. Tengok lipas makin kurang atau makin banyak.”

Pun begitu, penggunaan ubat ini sebenarnya tidak berapa bagus untuk kesihatan kita. Terutamanya untuk mereka yang ada masalah penyakit G6PD.

Kesan ubat gegat untuk makanan juga agak kuat. Apabila ubat ini diletak di tempat simpanan makanan, makanan tersebut akan ada sedikit rasa dan bau ubat tersebut.

Baca: “Melecur kalau kena gigit” – Ini Cara Merawat Kesan Gigitan Semut Charlie

1234678

Sumber: Harian Metro
Sumber: wikipedia
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.