in

“Selalunya saya tak macam tu pun…” – [VIDEO] Pegawai Polis Mengaku Cium Bau Seluar Dalam Budak Perempuan Umur 3 Tahun!

Cium Panty Budak

Pada mulanya mahu periksa rumah dengan tujuan mahu membeli, tapi akhirnya seorang polis ditahan kerana melakukan sesuatu yang tidak senonoh!

Seorang pegawai polis dari Arizona, Amerika Syarikat ditahan selepas kantoi mencium seluar dalam milik budak perempuan berusia 3 tahun di rumah keluarga kanak-kanak itu, lapor Daily Star.

David Timothy Moon, 50, merupakan seorang bekas pegawai penguatkuasa persekutuan yang sudah berkhidmat selama 20 tahun telah pergi ke sebuah rumah yang dijual dekat Phoenix, Arizona.

Cam2
sumber: daily star

Bersama agen hartanah, David kemudian ditemani untuk periksa setiap penjuru rumah tersebut. Namun, ketika agen berkenaan berada di bilik lain David telah masuk ke dalam bilik tidur anak tuan rumah yang berusia 3 tahun itu.

Dalam sebuah video yang viral di internet, David dilihat berdiri di penjuru dinding bilik itu bersebelahan dengan tingkap. Kalau tengok sekali imbas memang tak perasan tapi rupanya dia berdiri depan laci pakaian tu sebab tengah cium bau seluar dalam!

Cam3
sumber: daily star

David dilihat menyelongkar tempat baju yang dah dipakai kanak-kanak itu dan tekap pakaian dalam tu dekat muka. Beberapa minit kemudian dia masuk semula ke dalam bilik itu dan sekali lagi menghidu pakaian kanak-kanak tersebut.

Tuan rumah sebenarnya ada pasang CCTV dalam bilik tu untuk pantau pengasuh anaknya, jadi tanpa David sedar aksi dia dah dirakam oleh kamera tersebut. Bila dah sedar perbuatan tak senonoh dia dirakam, David terus tutup mulut dia dan berkata,

God, damn it!”

Cam4
sumber: daily star

Selepas kes ini dilaporkan, David kemudian dilucutkan lencana dan didakwa dengan dua pertuduhan menceroboh dengan motif seksual. Tapi menurut laporan, David tidak dimasukkan ke dalam jel selepas bersetuju untuk mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Ketika dibicarakan di mahkamah David berkata,

Ini adalah perkara paling bodoh saya pernah buat dalam hidup saya.”

Hakim kemudian membebaskan David selepas mengambil kira David tidak pernah ada rekod jenayah dan telah berkhidmat sebagai polis selama 20 tahun.

Pihak mahkamah percaya beliau telah menyesal dan ikhlas.”

Cam6
sumber: daily star

Bapa kanak-kanak itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan memberitahu dia terpaksa meningkatkan kawalan keselamatan di rumahnya selepas insiden tersebut.

Kalau dia (David) datang balik macam mana? Kalau dia cuba cederakan kami atau anak perempuan kami?” 

Tonton video rakaman CCTV itu di sini.

Baca: “Kesian dia, hidup tak seperti orang lain” – Abang Kandung ‘Tuan Ramdan’ Buka Mulut, Jelas Kisah Sedih Adik Menyamar Jadi Polis

Abang Kandung