in

“Selalu kiri kanan atas bawah semua jam” – [VIDEO] Kemalangan Kereta Dengan Ambulans di Kuching, Netizen Terkejut Tiada Siapa Peduli

Ft Accident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia dikenali dengan keprihatinan terutamanya apabila berlaku kemalangan jalan raya. Pasti akan ada pengguna jalan raya lain terutamanya penunggang motosikal terus berhenti untuk menjenguk dan membantu mangsa kemalangan.

Namun, kemalangan yang berlaku di Kuching, Sarawak semalam membuatkan netizen sedikit hairan kerana tiada pengguna jalan raya yang dilihat prihatin.


Melalui rakaman CCTV di persimpangan lampu isyarat Jalan Datuk Marican Salleh itu, telah berlaku kemalangan di antara sebuah ambulans dan van. Selepas pelanggaran berlaku, pengguna jalan raya lain dilihat hanya meneruskan perjalanan dan tidak ramai pihak dilihat turun memeriksa keadaan mangsa. Hanya beberapa orang dilihat cuba menghampiri kenderaan mangsa.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1862112040633164

 

Komen Accident

Menurut Berita Harian, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.15 pagi ketika ambulans yang membawa seorang pesakit wanita dari Klinik Tanah Putih itu sedang dari Jalan Utama menghala ke Jalan Kwong Lee Bank. Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata,

Ketika sampai di lampu isyarat Jalan Datuk Marican Salleh, ketika lampu isyarat hijau, tiba-tiba ambulans dilanggar oleh sebuah van yang keluar dari simpang sebelah kiri dari arah Jalan Datuk Marican Salleh.”

Akibat perlanggaran itu, pemandu van persendirian terbabit cedera ringan di kepala manakala isterinya parah di kepala.”

Ambulans

Mangsa berusia 43 tahun itu kini dirawat di ICU Hospital Umum Sarawak (HUS) dan suaminya dirawat di Zon Kuning HUS. Pemandu, seorang pegawai perubatan, jururawat dan pesakit serta adik pesakit berada di dalam ambulans tidak mengalami kecederaan.

Siasatan awal mendapati kemalangan disebabkan pemandu Nissan Venette itu tidak peka dengan siren kecemasan ambulans terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Baca: Ibu & Kakak Maut Kemalangan Kereta Terjunam Dalam Tasik, MUA Luah Rasa Sedih Bapa Sakit Pelupa Asyik Tanya ‘Siapa Meninggal’

Syahid

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.