Perkara mistik atau ghaib ini tidak dapat dinafikan kewujudannya, pasti ramai yang pernah mengalami sendiri perkara sebegini atau mendengar cerita-cerita yang bikin bulu roma meremang.
Baru-baru ini, tular sebuah video penampakan pontianak yang dikongsikan oleh seorang anggota polis, kejadian seram itu difahamkan berlaku ketika dia sedang melakukan kerja-kerja rondaan pada kira-kira jam 2 pagi.
@ikhmal24434 Kuatkan semangat sahabat seangkatan, nawaitu kita cari rezeki, dia pun mahluk allah jugak. Untuk adik adik Baru benda ni normal .
“Kuatkan semangat sahabat seangkatan, nawaitu kita cari rezeki, dia pun mahluk Allah jugak. Untuk adik adik Baru benda ni normal,” tulisnya di kapsyen.
Perkongsian @ikhmal24434 di TikTok itu dengan sekelip mata mendapat perhatian netizen, menurut laporan Buletin TV3, anggota polis yang dikenali sebagai Ikhmal itu terserempak dengan entiti itu lalu memberanikan diri untuk merakamnya.
“Ketika membuat rondaan itu, kami terdengar bunyi dan nampak seperti ada orang masuk ke dalam kawasan semak.
Memandangkan ia kawasan larangan yang tidak boleh diceroboh maka kami yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) peronda terus bergegas ke kawasan berkenaan untuk membuat rondaan dan pemeriksaan.
Alangkah terkejutnya kami apabila nampak kelibat seakan pontianak di kawasan itu namun saya sempat capai telefon bimbit dan rakam video penampakan berkenaan,” katanya.
Ikhmal berkongsi selama lapan tahun dia bekerja sebagai polis bantuan, banyak yang telah disaksikannya termasuklah perkara yang menyeramkan, namun ini adalah pertama kali dia melihat entiti itu dengan mata kepalanya.
“Selama ni ingat tu bunyi binatang…”
Perkongsian itu setakat ini telah mendapat lebih 3 juta tontonan dengan netizen rata-rata meremang bulu roma serta tidak kurang juga yang baru tahu itu sebenarnya ‘bunyian’ Cik Ponti.
Pun begitu, Ikhmal berkata dia berharap perkongsiannya itu diambil daripada sudut positif kerana bukan niatnya untuk menakutkan sesiapa.
Baca: 3 Kisah Seram Hospital Yang Dikongsi Oleh Jururawat Ni Memang ‘Creepy’ Habis!