Tularnya kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir di sebuah sekolah dekat Papar, Sabah ternyata membuka luka lama seorang bapa yang juga mengakui anaknya pernah menjadi mangsa buli di sekolah yang sama.
Menerusi perkongsian bekas guru dan juga pempengaruh Mohd Fadli Saleh, dipaparkan beberapa screenshot hantaran seorang bapa yang meluahkan rasa kesalnya akan insiden yang menimpa anaknya pada dua tahun lepas.
Menurut lelaki berkenaan, anaknya pernah dibuli pada 24 Jun 2023, namun pihaknya tidak dapat membawa kes ini ke Mahkamah Sivil kerana tiada wang untuk mengupah peguam.
Si bapa ini juga berkongsi beberapa gambar yang memaparkan keadaan anaknya yang mengalami lebam teruk di bahagian mata dan gambar ketika anaknya dimasukkan ke hospital dengan kepala berbalut.
Artikel berkaitan: “Dalam siasatan polis&” – KPM Beri Kerjasama Penuh Kes Pelajar Tingkatan 1 M*ut Di Sekolah Dipercayai Jadi Mangsa Buli
Artikel berkaitan: Lagi Kes Buli Di Sekolah, Kaki & Tangan Pelajar Perempuan Diikat Guna Tali Leher
Ada ibu bapa mengadu komen netizen berlebihan terhadap isu
Dalam satu hantaran lain, Mohd Fadli juga berkongsi komen daripada seorang netizen yang juga bapa kepada dua anak yang bersekolah di sekolah tersebut meluahkan rasa kesal terhadap komen netizen yang dikatakan keterlaluan.
Menurutnya, ada segelintir netizen telah melemparkan komen berlebihan dengan meminta sekolah itu ditutup.
Individu ini juga mendedahkan yang anaknya pernah menjadi mangsa buli di sekolah tersebut, namun isu buli anaknya selesai selepas dia menggunakan saluran undang-undang dan pihak pentadbiran juga memberi kerjasama yang baik sehingga pembuli dibuang sekolah.
Sekolah tak salah. Ia hanya bangunan batu tanpa perasaan, tanpa emosi, tanpa akal.
“Saya tak bersetuju untuk tutup sekolah tu. Sekolah tiada salah apa. Namun sekiranya didapati pentadbir dan mana-mana guru dengan sengaja ingin menutup kes-kes buli yang pernah berlaku disitu, harap mereka dikenakan tindakan yang sewajarnya.
“Begitulah yang sebaiknya,” kata Mohd Fadli Salleh.
Semoga mangsa-mangsa buli ini mendapat keadilan yang sewajarnya dan kes seperti ini tidak lagi berulang. Kesian tengok muka lebam teruk macam tu.
Sumber: Facebook