in

Selain Tudung, Ini Perkara Yang ‘Pantang’ Diusik Pada Pagi Raya

ft pantang larang hari raya 1

Bila sebut pasal memori mengenai hari raya ni, mesti ramai yang ada memori dan pengalaman masing-masing kan? Salah satu yang min yakin masih diamalkan sehinggalah hari ini ialah berkumpul di rumah atok dan nenek di kampung.

Kalau tak ada kampung sekalipun, pastinya akan ada sebuah rumah yang akan dijadikan port untuk berkumpul seisi keluarga sebelum sama-sama ke masjid untuk mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri, sesi bermaaf-maafan dan sebagainya.

143486493 l normal none

Cuma, korang perasan tak, ada beberapa ‘pantang’ sebenarnya bila kita sebut pasal pagi raya ni. Bila difikirkan balik, ada yang bakal membuatkan korang bermasam muka antara adik beradik, ada adengan tarik- tarik rambut, boleh buat bertekak, tak ada mood dan macam-macam lagilah pada pagi raya tu.

1. Potong ‘Q’ Mandi Pagi

Bila dah berkumpul ramai-ramai ni, confirm pagi raya tu akan kecoh satu rumah dengan persiapan raya masing-masing. Ada yang baru nak cari samping, ada yang cari butang baju melayu, ada yang tudung tertinggal dan macam-macam lagi lah.

Selain dari itu, kalau tandas di rumah tu tak banyak, pastinya akan ada ‘giliran’ untuk menggunakan tandas dan antara perkara yang boleh membuatkan kita mengamuk di pagi raya adalah apabila giliran mandi atau menggunakan tandas tersebut dipotong oleh orang lain.

Bila itu berlaku, memang akan bertekak lah sekejap. Jadi, untuk raya kali ini, kalau taknak perkara ni berlaku pada korang tahun ni, korang bangun awal dan ‘cop’ tandas tu awal-awal!

2. Pakai selipar orang lain

Selain daripada kejadian tandas tadi, antara ‘pantang’ yang bakal membuatkan kita nak bertekak di pagi raya ialah bila ada orang dah ‘sauk’ selipar kita untuk ke masjid. 

LM Gambar Hiasan 9

Biasanyakan, yang suka sauk selipar ni mesti geng-geng yang siap paling lambat, mandi lama-lama dan suka melantak lauk raya.

Disebabkan diorang malas nak amik selipar sendiri dalam kereta dan takut kena bawak kereta sendiri atau jalan kaki, diorang biasanya akan pakai sahaja mana-mana selipar yang muat dan terus ke masjid.

Korang jangan terkejut juga kalau diorang ni nanti tanpa rasa bersalah bawa balik selipar lain dari masjid!

3. ‘Rembat’ motor/kereta adik beradik

Biasanya, motosikal akan jadi kenderaan pilihan ramai untuk ke masjid di pagi raya bagi menunaikan solat sunat Aildilfitri.

Mana tidaknya, kadang-kadang masjid di kawasan tersebut mempunyai tempat letak kenderaan yang terhad. Dengan anak beranak yang balik beraya lagi, pastinya akan berlaku sedikit kesesakan untuk keluar dari masjid selepas solat, sebab biasanya satu rumah paling kurang pun akan guna dua buah kereta untuk ke masjid.

Jadi, tidak hairanlah motor korang atau kereta yang mana mudah untuk keluar dari rumah akan ‘dirembat’ oleh adik beradik lain. Sudahnya, tuan empunya motor atau kereta dah tak ada transport nak ke masjid, terpaksalah jalan kaki.

4. Usik tudung yang dah bergosok

IMG 0862

Ini perkara paling ‘pantang’ dalam segala pantang larang yang diceritakan tadi! Sila jangan sesekali usik, alihkan atau paling teruk terduduk atas tudung yang dah digosok oleh adik, kakak mahupun pasangan korang. JANGAN!

Walaupun diorang bentangkan tudung tersebut atas sofa yang korang baru beli, sila jangan usik, duduklah di tempat lain atau duduk je atas lantai. Boleh ‘cancel’ raya tahun ni kalau diorang dah start membebel disebabkan tudung tu konyok.

Biasanya ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku sekiranya ‘pantang’ ini dilanggar juga, pertama, korang tak akan bertegur seharian, kedua, perkara tersebut mungkin akan diungkit setiap kali orang puji tudung tersebut cantik dan boleh jadi diorang akan balas dekat samping korang pulak!

Tapi, sekiranya korang dah terlanggar pantang tersebut, ada je cara nak melembutkan semula hati diorang ni. Pertama, simple je, minta maaf. Kedua, tawarkan diri untuk menggosok tudung untuk raya ke-2, atau, korang hadiahkan je satu tudung baru.

FOLLOW ME RAYA GWP FA WHITE CMYK 1

Korang boleh dapatkan tudung edisi khas FollowMe x Tudung Ruffles yang terhad bermula 10 Mac 2024 sehingga 21 April 2024. Seramai 125 orang pemenang akan dipilih untuk mendapatkan tudung edisi terhad ini setiap minggu.

Caranya mudah je iaitu :
1. Buat pembelian sebarang produk Follow Me bernilai RM45 ke atas.

2. Hantarkan resit pembelian ke nombor whatsapp +601153803678

3. Kongsikan gambar paling kreatif dan lengkapkan ayat berikut “ Saya #RayaBergaya dengan Follow Me sebab…” di media sosial (TikTok, IG,FB) dan tagkan @Followmemalaysia.

Sempena musim perayaan ni, korang boleh dapatkan macam-macam jenis produk yang boleh buatkan korang rasa segar sentiasa! Iyelah, kadang-kadang tu kita keluar beraya dari pagi, sampai ke malam. Taknak lah sampai rumah terakhir tu badan dah melekit dan berbau kan. Tak selesa pula orang lain nanti.

unnamed 16

Untuk atasi perkara tersebut, apa kata korang dapatkan Follow Me Anti-Bacterial Body Wash Extra Cool yang dapat menyingkirkan 99.9% bakteria yang boleh menyebabkan badan berbau.

Dengan adanya ekstrak menthol serta kelebihan pH 5.5 dalam gel mandian, korang akan berasa segar sehingga 12 jam. ! Bayangkan orang lain berjalan tengah panas lit-lit tu, korang boleh relax je sebab ada sensasi menyejukkan sehingga -7°C tau!

Bagi yang bertudung, cuba lah Follow Me Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo yang kini berwajah baru. Dengan teknologi micellar, rambut korang akan jadi lebih lembut dan mudah diurus.

WhatsApp Image 2024 01 22 at 15.30.25 e472eb9b

Dengan ekstrak minyak Habbatus Sauda, minyak Zaitun dan juga ekstrak limau, syampu ini akan memastikan kulit kepala sentiasa segar, berbau harum dan juga membuatkan pemakai selesa sehingga 48 jam, jadi dah tak risau rambut berbau atau rasa tak selesa kalau pergi beraya lama-lama lagi selepas ini.

Untuk yang berkelemumur atau mempunyai kulit kepala gatal, cuba lah syampu Follow Me 6-in-1 Green Tea Shampoo ni. Ada ekstrak teh hijau yang bukan saja boleh kurangkan kelemumur, tapi juga mampu menghalang rambut gugur, dan mengawal rembesan sebum. Syampu ini juga mampu menghilangkan gatal, melicinkan rambut, dan memberi kesan penyejukan di kulit kepala.

FOLLOW ME Natural Formulation GreenTea WEB cs6 1

Bila dah rasa segar sepanjang hari tu, boleh lah beraya sakan dari rumah ke rumah. Tapi jangan sampai tak balik pulak tau! Mengamuk tuan rumah nanti.

Sumber: Follow Me