in

Sekolah Dikecam Bagi Pelajar ‘Detention’ Sebab Pakai ‘Face Mask’ Dalam Kelas, Konon Ganggu Proses Pembelajaran

Detention

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah sekolah di United Kingdom menerima pelbagai kecaman daripada ibu bapa selepas isu guru mereka memberi denda pada para pelajar yang memakai pelitup muka atau face mask di dalam kelas kerana mendakwa tindakan terbabit menganggu proses pembelajaran.

Teen mask wearing e1638669267427
Gambar hiasan

Lapor DailyMail, beberapa pelajar di sebuah sekolah di Faversham, Kent, mula memakai semula face mask ketika mengikuti pembelajaran di dalam kelas susulan kebimbangan atas peningkatan kes jangkitan COVID-19 varian Omicron.


Meskipun tindakan itu selalunya dipuji kerana menunjukkan murid-murid peka dengan keadaan sekeliling, lain pula jadinya di sekolah ini selepas ada guru-guru yang mengatakan perbuatan memakai face mask di dalam kelas itu menganggu dan perlu dibuka semasa sesi pembelajaran berlangsung. Pelajar yang enggan membuka face mask pula difahamkan akan dihantar ke kelas tahanan atau detention.

Namun, ironinya,  para pelajar yang dihantar ke kelas tahanan diwajikan pula memakai pelitup muka semasa mereka berada di dalam bilik isolasi.

“Anak saya dah tiga kali dijangkiti COVID-19”

6P2QK8X3GIUMSUJLRZLV e1638669191817

Elouise Gould, 33, yang merupakan seorang ibu kepada salah seorang pelajar di sekolah berkenaan berkata, anaknya, Paige, 13, sudah tiga kali dihantar ke kelas tahanan pada minggu lalu gara-gara memakai face mask semasa proses pembelajaran sedang berlangsung di dalam kelas.

“Saya pelik. Anak saya pernah dijangkiti COVID-19 tiga kali jadi, dia pakai face mask untuk lindungi dirnya dan orang lain tapi dia dihantar pula ke kelas tahanan. Apa yang tak masuk akal, kelas tahanan itu ialah bilik isolasi dan pelajar perlu pakai face mask pula semasa berada di dalamnya,” katanya.

0 school e1638669662981
Gambar hiasan

Menurut Karly May, 32, pula, anaknya, Albie May, 15, juga dihantar ke kelas tahanan kerana memakai face mask di dalam kelas.

Tambah wanita itu, anaknya memilih untuk memakai face mask semasa ke sekolah kerana mahu melindungi datuk dan neneknya yang sakit tenat. Anak perempuan Karly juga difahamkan mempunyai penyakit paru-paru kronik dan lemah sistem imun badan.

Jelas Karly lagi, dia berpendapat sekolah berkenaan tak membenarkan pemakaian face mask di dalam kelas kerana ia tidak mengikut panduan kerajaan.

Pun begitu, dalam satu kenyataan lain, jurucakap sekolah terbabit berkata isu itu hanya memberi kesan kepada dua orang pelajar sahaja di sekolah berkenaan.

Tambahnya, pihak sekolah sedar akan kenaikan kes jangkitan akibat wabak COVID-19 dan sudah mengarahkan para pelajar sentiasa memakai face mask semasa berada di kawasan tumpuan ramai di sekolah.

Sumber: DailyMail

Baca: “Satu geng punya pasal, semua kena” – Enggan Pakai ‘Face Mask’ Jadi Punca Penerbangan Terpaksa Dibatalkan

2remaja e1638667190725

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.