in

“Sekelip mata dah tak ada” – Ini 5 Kes Kanak-Kanak Yang Hilang Tanpa Kesan Di Malaysia

Collagefeat 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, di Melaka seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan hilang ketika menemani ibu bapanya berniaga nasi kerabu sebelum dia ditemukan lemas dihanyut air longkang yang deras 18 jam kemudian.


Semalam pula, seorang kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan telah ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran rumahnya selepas dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa di Damansara Damai.

Di antara tahun 2020 dan awal tahun 2022, seramai 1,509 kanak-kanak di Malaysia telah dilaporkan hilang. Walaupun 1,424 daripada mereka telah berjaya ditemui, malangnya yang lain kekal hilang atau ditemui meninggal dunia.

Pastinya, kehilangan kanak-kanak tanpa jejak ini telah meninggalkan keluarga mereka penuh tanda tanya. Sejak beberapa dekad lalu, terdapat banyak kes kanak-kanak hilang berprofil tinggi yang berlaku di Malaysia dan dekat bawah ni adalah beberapa kes kanak-kanak hilang tanpa jejak yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Artikel berkaitan: Kanak-kanak 2 Tahun Hilang Disyaki Jatuh Dalam Parit Tepi Jalan Telah Ditemui

Artikel berkaitan: “Allah gerakkan hati” – Penduduk Kongsi Penemuan Jasad Zayn Rayyan Selepas 3 Kali Cari Di Lokasi Sama

1. Tin Song Sheng

Tin

Dilahirkan pada 1989, Tin Song Sheng baru sahaja memulakan alam sekolah rendahnya sebelum dia kehilangannya mendapat perhatian di seluruh negara.

Pada 12 Januari 1996, selepas sesi persekolahan tamat, Tin telah menunggu bas di luar SJKC Taman Rasah Shah Alam untuk pulang ke rumah.

Namun begitu, dia kali terakhir dilihat berjalan pergi dengan seorang wanita Cina pertengahan usia dan tak pernah dilihat lagi selepas itu.

Pencarian besar-besaran telah dibuat selepas itu dengan bantuan Orang Asli yang telah mencari di hutan berdekatan serta bomoh yang diupah oleh keluarga kanak-kanak ini untuk membantu mencari anak mereka.

Malangnya, semua usaha keras mereka gagal. Terdapat satu laporan mengatakan Tin dilihat mengemis di jalan-jalan sekitar Pontian, Johor.

2. Siti Zulaiha

Siti

Siti Zulaiha yang berusia enam tahun pada 1998 menghabiskan masa bermain dengan adik lelakinya di laman depan rumahnya. Ibunya, Kamariyana Osman ada bersama-sama memerhatikan anak-anaknya ini bermain sambil membuat kerja-kerja rumah sebelum meninggalkan mereka sebentar untuk ke tandas.

Apabila Kamariyana keluar semula ke laman rumah, Siti telah pun hilang dan anak lelakinya telah menangis mengatakan kakaknya telah terjatuh dari pokok. Namun begitu, Siti tak ditemui di sekitar pokok yang disebut atau pun di dalam rumahnya.

Pihak polis segera dihubungi dan pencarian telah dilakukan tapi selepas dua minggu Siti tetap tak dapat dikesan.

Kalau Siti telah diculik, orang terakhir yang bersama dengan Siti iaitu adiknya tak melihat apa-apa atau sesiapa, jadi apa yang berlaku ke atas kanak-kanak ini masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

3. Sharlinie Nashar

Sharlinie Re

Hanya beberapa bulan selepas penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, seorang lagi kanak-kanak dari Petaling Jaya dilaporkan hilang dan masih tak ditemui sehingga ke hari ini.

Pada pagi 9 Januari 2008, Sharlinie yang berusia lapan tahun ini telah pergi ke taman permainan yang terletak hanya 200 meter dari rumahnya sambil ditemani kakaknya.

Namun begitu, kakaknya ini telah pulang ke rumah dan memberitahu keluarganya bahawa dia tak dapat mengesan Sharlinie dan selepas pencarian dibuat selama beberapa jam tak berjaya, keluarga ini telah membuat laporan polis.

Terdapat dakwaan mengatakan kanak-kanak ini telah menjadi mangsa culik selepas seorang penunggang motosikal dilaporkan telah menculik dan melepaskan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun beberapa hari sebelum kehilangan Sharlinie.

Namun begitu, selepas beribu-ribu poster hilang kanak-kanak ini diedarkan, sehingga ke hari ini masih tiada sebarang petunjuk mengenai keberadaan Sharlinie.

4. Nisha Chandramohan

Nisha

Nisha Chandramohan baru sahaja berusia dua tahun apabila dia meninggalkan rumah neneknya di Mentakab, Pahang dan tak pulang semula sehingga ke hari ini.

Pada tahun 2010, ibu saudara Nisha yang mempunyai masalah kesihatan mental telah membawa kanak-kanak ini berjalan sebelum jiran-jiran menemui wanita tersebut berjalan tanpa arah tuju pada jam 10 pagi seorang diri tanpa Nisha disampingnya.

Lebih merumitkan keadaan, Nisha menghidap epilepsi dan memerlukan ubat hariannya untuk mengawal sawannya.

Pihak polis telah dipanggil dan parti MIC turut turun padang untuk mencari kanak-kanak ini namun tak dapat ditemui walaupun selepas keluarganya menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 dan berjanji untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang sekiranya penculikan telah berlaku.

5. Satishkumar Tamilvanan

Satish

Pada pagi 8 Ogos 2012, Satishkumar yang baru berusia lima tahun teruja untuk mengikuti bapanya seorang pemandu lori dan atuknya pergi bekerja.

Waktu tengahari, bapa dan atuknya ini telah berhenti di medan selera Bukit Mertajam di mana kanak-kanak ini telah meminta duit kepada bapanya untuk membeli gula-gula.

Selepas itu, bapa dan atuknya ini telah pergi mencari makanan dan menganggap salah seorang dari mereka ada untuk menjaga Satishkumar. Malangnya, apabila mereka berjumpa semula dan mahu meninggalkan tempat tersebut, mereka dapati Satishkumar tak ada dengan mereka.

Pencarian telah dibuat dan pihak berkuasa turut dihubungi untuk membantu malangnya kanak-kanak ini hilang tanpa jejak sehingga hari ini.

Harap kesemua keluarga ini kekal tabah…

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.