Isu perceraian pelakon dan penyanyi Aliff Aziz serta Bella Astillah menarik perhatian ramai hari ini, ianya susulan Aliff yang difahamkan enggan menceraikan isterinya itu.
Ibu kepada Aliff, Siti Hafiza Basharahil meminta agar semua orang mendoakan anaknya itu yang terbaik selepas keputusan yang dilakukan olehnya.
Artikel berkaitan:“Airmata dan lakonan yang hebat” – Ibu Aliff Aziz Muat Naik ‘Posting’ Menyindir?
Artikel berkaitan: Ibu Aliff Aziz ‘Unfollow’ Bella Astillah, Netizen Minta Henti ‘Back Up’ Anak
View this post on Instagram
Selain itu, Hafiza juga menyeru agar semua umat Islam untuk terus mengejar kebaikan di 10 malam terakhir Ramadan ini bagi mendapatkan rahmat Allah SWT.
“Mohon semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, insya-Allah hasil yang dapat juga nanti yang terbaik.
Sekarang ini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan, kita semua patut buat perkara yang positif. Moga-moga semua mendapat kebaikan,” katanya.
Hafiza juga ditanya mengenai tindakannya yang unfollow menantu, Bella namun dia hanya berkata dia enggan bercakap mengenai perkara yang negatif.
“Berkenaan perkara itu tiada apa-apa pun. Kalau boleh saya tidak mahu bercakap tentang yang negatif, saya mahu yang positif sahaja,” katanya.
Dalam laporan yang sama, Hafiza hanya berharap agar rumah tangga anak lelakinya sentiasa dalam keadaan yang baik.
Sumber: Media Hiburan