in

Sekarang Dah Besar Dan Tinggi! Ini Wajah Terkini 3 Bayi ‘Song Triplets’ Popular Di Korea Selatan

Song Triplets

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rancangan The Return of Superman iaitu rancangan popular di Korea Selatan bukan hanya terkenal di negara itu, malah ramai juga rakyat Malaysia yang gemar menonton rancangan tersebut kerana ada banyak gelagat dan telatah comel kanak-kanak Korea.


Untuk pengetahuan semua, rancangan The Return of Superman (TROS) merupakan sebuah rancangan realiti di mana selebriti lelaki Korea yang telah bergelar bapa ditugaskan untuk menjaga anak-anak mereka selama 24 jam tanpa bantuan sesiapa termasuklah isteri mereka sendiri.

Jika anda merupakan peminat setia rancangan ini sejak awal tayangannya dulu, mesti anda kenal kan dengan pasangan kembar tiga atau triplets comel iaitu Daehan, Minguk dan Manse.

1 1 1 5

Ketika mereka muncul dalam rancangan tu pada sekitar tahun 2014, kembar tiga itu hanya berusia dua tahun.

Kini, mereka yang telah mencecah umur 12 tahun telah meningkat remaja dan kemunculan mereka dalam rancangan Korea You Quiz On The Block yang dihoskan oleh Yoo Jae-suk dan Jo Se-ho.

 

Artikel Berkaitan: Lagu Dolla Dimainkan Dalam Rancangan Korea The Return of Superman!

Artikel Berkaitan: “Kat Korea ada 1 Gunhoo tapi kat Malaysia 2” – Netizen Terpegun Tengok Anak Kembar Zizie Izette ‘Sebijik’ Bintang Cilik Kpop

Kemunculan ketiga-tiga mereka bersama ayah mereka telah menjadi perhatian orang ramai terutamanya penonton rancangan TROS kerana ramai yang tak percaya mereka kini dah semakin tinggi!

Dah hampir tinggi dengan Yoo Jae-suk dah! 

Pasangan kembar tiga ini merupakan anak kepada pelakon Korea, Song Il-gook yang turut aktif dalam pementasan muzikal dan teater.

Dorang memang comel dulu, ada je gelagat dorang yang mencuit hati.

Sumber: Soompi

Sumber: Pinterest

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.