Kalau korang perasan, banyak dah sebenarnya masjid yang mula aktif melancarkan pelbagai aktiviti untuk menarik minat para jemaah.
Salah satunya adalah Masjid Al-Syakirin, Gombak, Selangor yang membuat program dipanggil ‘Subuh Warriors’ khas untuk kanak-kanak yang solat subuh berjemaah di masjid tersebut.
Sekali subuh berjemaah dapat satu cop
Satu perkongsian video yang dimuat naik oleh @masjidalsyakirin di TikTok memaparkan satu barisan kanak-kanak yang sedang menunggu giliran mereka untuk dibayar ‘gaji’ oleh pihak masjid.
Artikel berkaitan: Lebih 3 Ribu Jemaah Hadir, Lelaki Kongsi Pengalaman Subuh Berjemaah & ‘Fun Run’ Bersama Alif Satar
Artikel berkaitan: “Sejuk hati” – [VIDEO] Netizen Kagum Tengok Lelaki Solat Subuh Berjemaah Dalam KTM
Pihak masjid akan memberikan satu cop untuk setiap hari bagi kanak-kanak yang berjaya bangun pagi dan solat subuh berjemaah. Menariknya, mereka turut diberikan sebuah buku kecil untuk menanda cop sebagai bukti mereka hadir pada setiap pagi.
Hujung minggu boleh claim
Dalam video tersebut, pengurusan masjid dilihat sedang membuka kaunter tuntutan ganjaran itu juga nampak sibuk mengira jumlah cop dalam buku kecil dan membahagikan wang kepada kanak-kanak tersebut.
Hari elaun pahlawan Subuh Masjid Al-Syakirin. Setiap hari anak-anak akan dapatkan cop dan hari Ahad kami akan serahkan wang saku mengikut kehadiran mereka.
Wajah kanak-kanak itu nampak mengantuk kerana perlu bangun subuh, namun mereka tetap bersemangat ketika hasil yang dikumpul dalam masa seminggu.
@masjidalsyakirin Hari elaun pahlawan Subuh Masjid Al Syakirin.Setiap hari anak anak akan dapatkan cop dan hari ahad kami akan serahkan wang saku mengikut kehadiran mereka.#masjidalsyakiringombak #imarahmasjid #subuhwarrior
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen berasa teruja melihat inisiatif yang dianjurkan oleh Masjid Al-Syarikin. Netizen beranggapan cara tersebut dapat melatih kanak-kanak untuk solat subuh berjemaah di masjid.
Bagusnya budak-budak ni…
Sumber: TikTok