Kerenah serta telatah anak-anak kecil sangat tidak boleh disangka, aksi spontan mereka selalunya pasti akan membuatkan ramai yang ‘cair’.
Seperti yang terjadi kepada pendakwah selebriti, Dato Ustaz Kazim Elias di mana ketika dia sedang memberikan ceramah, tiba-tiba cucunya yang berusia lingkungan 1-2 tahun itu ‘merampas’ mikrofonnya untuk menyanyi.
Artikel berkaitan: Gelagat Comel Bayi-bayi Sertai Sukan ‘Baby Olympics’ Buat Ramai Terhibur
Artikel berkaitan: “Jangan sedap mulut” – Ustaz Kazim Tak Setuju Wanita Kahwin Suami Orang Dilabel ‘Penyondol’
View this post on Instagram
Dalam video tersebut, kelihatan Ustaz Kazim mengangkat cucunya itu sejurus dia datang ke tempat duduk ceramah, kanak-kanak itu kemudiannya bertanya kepada Ustaz Kazim ‘mana jengkaut?’.
Kemudian kanak-kanak lelaki itu mula menyanyi lagu yang sedang tular di TikTok iaitu Atouna El Toufule, tiba-tiba dia menukar lagu yang paling tidak disangka iaitu lagu Bad Romance nyanyian Lady Gaga.
“Dahsyat dik lagu!”
Video tersebut membuatkan ramai netizen terhibur dengan telatah kanak-kanak itu terutamanya ketika dia mula menyanyikan lagu nyanyian Lady Gaga itu.
Tidak kurang juga, ramai yang ‘geram’ dengan kecomelan cucu kepada pendakwah terkenal itu.
Eee geram betul tengok budak kecik tu!
Sumber: Instagram