in

Sekali Lagi Cetuskan Kontroversi, Ustaz Don ‘Direhatkan’ Terus Dari Program

Ustaz Don Direhatkan Terus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja diterima mengendalikan semula program RTM selepas ‘direhatkan’ seketika, pembabitan pendakwah selebriti Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dalam Salam Baitullah nampaknya bakal berakhir.

Ia susulan selepas beliau dilihat sekali lagi mencetuskan kontroversi dalam program itu malam tadi.


Justeru, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman memaklumkan Ustaz Don tidak akan mengendalikan lagi program berkenaan.

Artikel berkaitan: Ustaz Don Dikecam, Didakwa Jadikan Kisah Nabi Adam & Hawa Sebagai Bahan Gurau?

Artikel berkaitan: Ustaz Don Daniyal Reda, Akui Terkhilaf Dan Akur Direhatkan Dari Bersiaran Di RTM

Beliau menerusi satu hantaran di media sosial dilihat meluahkan kekecewaan ekoran tindakan pendakwah terbabit.

“Bila bagi peluang, ‘consult authority’ dan ahli agama, ‘remind’ apa yang boleh cakap dan apa yang tak boleh, kenalah pandai ‘anticipate response from viewers’.

Wisdom kena ada, kawalan diri kena mantap. Don’t play victim. So sorry have to rest you. Maaf semua, hang in there team,” tulis Suhaimi.

Jelasnya, pendakwah berkenaan sepatutnya mengikut setiap garis panduan yang diberikan namun beliau seperti tidak mengikut peraturan itu.

Malam tadi, kenyataan Ustaz Don tentang ‘memandang wajah guru, lebih baik dari sedekah 1000 ekor kuda di jalan Allah’ menimbulkan banyak persoalan.

Bukan itu sahaja, netizen turut meluahkan rasa kasihan terhadap Ustaz Kazim Elias yang dilihat berubah sebaik sahaja Ustaz Don mengeluarkan kenyataan tersebut.

Sumber: Facebook, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.