Baru-baru ini viral di Twitter, sebuah video yang menunjukkan kononnya ada ikan Jerung Paus ‘terperangkap’ di sebuah kawasan perumahan.
Kawasan itu dipercayai berlaku di Gorontalo, Sulawesi, Indonesia selepas mereka hadapi banjir.
Video yang berdurasi 11 saat itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama @EckoShowGtown. Video ini telah meraih 1.2 juta tontonan!
Gorontalo banjir, hiu puas mengungsi pic.twitter.com/DTr5M9oYjs
— ECKO SHOW [GHCOD] (@EckoShowGtown) June 11, 2020
Apa yang dilihatkan, ikan Jerung Paus itu seperti dalam air yang arasnya rendah, mungkin ikan ini terperangkap apabila kawasan banjir itu telah bersambung dengan air laut.
Namun ada yang mengatakan ikan tersebut sebenarnya fake, ianya kerana selalunya mata ikan berada di belah sisi, tetapi ikan ini kelihatan aneh.
Walau bagaimanapun, rata-rata warganet masih terkejut dengan penemuan ini hingga ada yang rasa seram bila lihat ikan tersebut.
Ngeri nahh…
Aku ingat ikan keli tadi…
Ini namanya ikan keli versi laut…
Untuk pengetahuan umum, menerusi LiveScience ikan Jerung Paus boleh membesar sehingga 12 meter, memang besar weyh!
Sangat berbahaya, walaupun dia hanya makan plankton dan ikan kecil tapi masih binatang yang boleh membahayakan orang sekelilng.