Sedang viral salah faham yang berlaku antara keluarga Shila Amzah, kini seorang individu di platform X mendedahkan adik kepada penyanyi itu, Syada Amzah gagal membuat review produk oleh syarikat dia bekerja dahulu.
Artikel berkaitan: “Maafkan kami adik beradik berbalah, bukan salah mak” – Syada Amzah
Artikel berkaitan: “Kau beduk kakak kau, adik kau” – Bekas Adik Ipar Tampil Pertahankan Shila Amzah
dh la sejenis tak bertanggungjawab. produk dah bg, duit dh bayar tp tk buat review as per agreed. muda lg tu perangai dh kelaut. takda siapa yg ckp halalkan payment & produk tu. alasan sbb rumah banjir masa tu. so kita bg solution, tk settle sampai mkn tahun dh. https://t.co/VEiheNOwB8
— Nisa (@NurnisaOmar) October 11, 2023
Individu yang bernama Nisa itu mendakwa Syada Amzah tidak melaksanakan tanggungjawabnya membuat review produk makanan sejuk beku selepas menerima produk tersebut beserta upah review RM350.
Syada memberi alasan tidak dapat melaksanakan tugasan kerana pada ketika itu rumah mereka dilanda banjir. Oleh itu, pihak syarikat memberi masa bertenang untuk Syada tetapi dia masih tidak membuat review seperti yang diminta.
Menurut mStar yang menghubungi Nisa, syarikat dia bekerja dahulu itu mengeluarkan produk makanan sejuk beku dan mereka mengupah beberapa influencer termasuklah Syada untuk membuat review produk tersebut.
Syada antara salah seorang influencer yang kami pilih. Perkara ini berlaku pada awal Februari 2022, kami berharap video review itu tidaklah diperam begitu lama.
Oleh itu, syarikat tersebut telah menghubungi Syada pada Mac lalu tetapi dia menghantar gambar rumahnya sedang dilanda banjir. Memandangkan produk yang dijual adalah makanan sejuk beku, mereka bimbang jika makanan itu berada dalam kualiti yang tidak baik.
Kami beri dia dua pilihan, sama ada untuk refund semula wang bayaran RM350 itu atau kami akan menghantar produk frozen yang baru… sebab katanya produk yang diberi tempoh hari sudah rosak.
Tambah Nisa, adik bongsu Shila itu ada meminta nombor akaun untuk tujuan refund tetapi sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang bayaran. Apabila mereka tanya lagi, Syada gagal membalas DM (direct message) dan ketika berhubung dengan pembantu peribadinya melalui WhatsApp, masih tidak mendapat respon.