Umum mengetahui, baru-baru ini penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diberi pengiktirafan Biduanita Negara pada Majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024.
Siti Nurhaliza yang juga mesra disapa TokTi itu bagaimanapun mengakui masih segan dengan panggilan ‘Biduanita’ itu dan lebih selesa dipanggil ‘Siti’ sahaja.
Artikel berkaitan: “Kalau ayah saya ada mesti dia bangga” – Terima Gelaran Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Teringat Arwah Bapa
Artikel berkaitan: “Nanti jangan masak nasi 2 minggu” – Reaksi Datuk K Tengok Siti Nurhaliza Pegang Katak Buat Ramai Terhibur
“Segan dengan gelaran Biduanita, panggil sahaja Siti macam biasa. Saya tetap Siti Nurhaliza yang balik ke rumah kena buat susu anak, memasak dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu rumahtangga.
Saya juga masih menjual barang di TikTok kerana itu adalah tanggungjawab,” katanya.
Menerusi laporan Berita Harian, Siti berkata dia tidak pernah mengharapkan anugerah dan menganggap ianya sebagai perkara kedua selepas bekerja keras.
“Bukan tidak hargai watikah diberikan, saya bersyukur dan anggap suatu penghormatan yang besar.
Tidak terlintas pun akan diberikan pengiktirafan sebesar ini kerana saya lebih utamakan kepuasan peminat. Hati saya senang jika melihat peminat berpuas hati dan terhibur,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi kesayangan Malaysia itu turut menitipkan pesanan buat anak muda yang mempunyai impian agar terus bermimpi dan berusaha.
Sumber: Berita Harian