Tahun ini mungkin tahun yang paling suram buat industri penerbangan seluruh dunia. Kemorosotan permintaan secara mendadak yang dicetuskan penularan pandemik COVID-19 menyebabkan segala aspek dalam industri itu terjejas.
Ada syarikat penerbangan yang terpaksa memikirkan alternatif lain untuk terus bertahan. Thai Airways misalnya kini beralih kepada bisnes jualan cakoi.
Malaysia juga tidak terkecuali mengalami ‘kejutan’ sama. Bermula semalam, Malindo Air menjadi bualan di Twitter selepas ramai krew penerbangan mengucapkan salam perpisahan signing off mereka setelah menamatkan perkhidmatan secara rasmi.
Mereka turut berkongsi gambar-gambar kenangan di hadapan pesawat dan di dalam kabin — secara tidak langsung mengundang rasa sayu dalam kalangan netizen.
M05889 is officially signing off. Thank you OD Team #malindo pic.twitter.com/O3RliMBMxh
— Fuza (@fuzajasni) October 31, 2020
https://twitter.com/HajakuC/status/1322600347676807168
30th October 2020. Thank you Malindo Air for the best memories. Being the only Punjabi female in aircraft engineering in Malaysia, so close to getting my license. It meant alot. 5 years 4 months were wonderful. Also being pregnant to the challenging breastfeeding journey. Haha. pic.twitter.com/zC20XUM3Ao
— hasvinkaurgill ツ (@mrs_ssd) October 31, 2020
https://twitter.com/anslyiin/status/1322434837190373376
The end of the chapter. Thank you Malindo for all the memories. Dari zaman trainee then masuk kerja. Never ever imagined this day would come, but Allah’s plan is always beautiful than our desire. Stay strong, dear self.
Khairun Nasuha signing off pic.twitter.com/0DKBR1upf8
— Khairun Nasuha (@nasuhajamil) October 31, 2020
12 Oktober lalu, Berita Harian melaporkan Malindo Airways Sdn Bhd mengambil langkah untuk memberhentikan sekitar 2,200 kakitangannya sebagai langkah mengurangkan pekerja akibat pandemik COVID-19.
Proses pemberhentian kakitangan yang terbabit dijangka akan selesai pada 30 November ini, manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan untuk melakukan tugasan yang pelbagai.
Syarikat penerbangan itu juga mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR.