in

“Sedih tengok cara mereka melayan Najib” – Tun Rahah

8905409730afacdd254d4095d1a8a972

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari pertama Ramadan bekas Perdana Menteri dimulakan dengan satu dugaan besar. Rumahnya telah digeledah dan barangan peribadi yang ada kaitan dengan 1MDB telah dirampas polis. Setelah selesai hal menggeledah, Najib dan keluarganya dikatakan berbuka puasa dengan ibu tercinta, Tun Rahah Mohamad Noah.

Menurut Malaysiakini, Tun Rahah yang jugak balu kepada Tun Razak, PM ke-2 Malaysia telah menyatakan rasa sedihnya akan apa yang menimpa Najib kepada sumber terdekat. Sekeping gambar yang asalnya dimuat naik anak lelaki Najib, Ashman Najib tersebar di media sosial.


najib rahah
Sumber: Instagram

Beliau bimbang dengan keluarganya, terutamanya cucu-cucu, dan cicit yang baru dilahirkan. Beliau sedih dengan masalah yang melanda dan cara Najib dilayani,” kata sumber kepada media.

Najib yang bertemu dengan Tun Rahah sempat jugak beri jaminan kepada ibunya yang beliau dah lakukan yang terbaik untuk negara ini dan terpaksa lalui dugaan yang kini menimpa.

Tun Rahah sebagai ibu telah menasihati Najib untuk bertabah dengan ujian Allah, tambah sumber tu lagi. Haih… ibu mana yang sedih tengok macam-macam perkara yang berlaku kat anak dia kan?

DdC0ANgV4AILeU6
Sumber: Utusan

Buat masa ini, rata-rata netizen telah memberi kata-kata semangat dan tidak kurang jugak cacian buat bekas PM Najib Razak atas serbuan yang berlaku semalam. Manakala ada di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang meluahkan rasa simpati dengan cara polis bertugas iaitu menggeledah kediaman Najib sehingga ke awal pagi.

Semoga Tun Rahah bertabah dengan apa yang menimpa. Perkara dah berlaku dan tak boleh lagi nak toleh ke belakang melainkan pemimpin tersebut menginsafi segala kesalahannya. 

Baca: Nurul Izzah Tak Setuju Rumah Najib Diserbu Awal Pagi 

nurul izzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.