in

“Sedih nak tengok lepasni” – Peminat K-drama Snowdrop Terkejut Pelakon Kim Mi-soo Meninggal Dunia

page snowdrop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min yakin, peminat-peminat K-drama sekarang mesti tengah in trend layan drama Snowdrop kan? Barisan pelakon pun bukan kaleng-kaleng, Jung Hae-in, Jisoo Blackpink dan ramai lagi!

Namun semalam peminat drama itu dikejutkan dengan berita kematian salah seorang pelakonnya iaitu Kim Mi-soo yang membawa watak sebagai Yeo Jeong-min, salah seorang roommate kepada Eun Young-ro (lakonan Jisoo Blackpink).


Menurut Soompi, kematian pelakon wanita itu disahkan oleh agensinya, Landscape Entertainment dan memaklumkan bahawa Kim Mi-soo akan disemadikan di Taeneung Sungsim Funeral Service, Korea Selatan.

5b84f448e3ad492fa010e6b066127b12 9f2690fd965b0b529c7039fa544e675e bb639482c65c39410bcb714b2b7dcd18

“Ini adalah agensi Landscape Entertainment milik aktres Kim Mi Soo. Kami menyampaikan berita sedih dan menyayat hati. Kim Mi Soo tiba-tiba meninggal dunia pada 5 Januari. Keluarga yang ditinggalkan ketika ini sangat sedih dengan berita duka yang tiba-tiba itu – Agensi

Difahamkan sehingga kini masih tiada lagi perkembangan tentang punca sebenar kematian pelakon tersebut dan pihak agensinya juga meminta jasa baik orang ramai untuk tidak mengeluarkan sebarang spekulasi mengenai kematian Kim Mi-soo.

Sementara itu, peminat K-drama mengatakan bahawa mereka akan menjadi lebih sedih untuk terus menonton Snowdrop kerana watak Yeo Jeong-min boleh dikatakan watak yang disukai orang ramai.

1641368971 20220105 kimmisoo

Selain Snowdrop, Kim Mi-soo yang kini berusia 30 tahun juga pernah membintangi beberapa drama lain seperti Hellbound, Hi Bye Mama, The School Nurse Files dan juga Yumi’s Cells.

Min pun sama sedih juga ni… Risau tiba-tiba meleleh je air mata ni sepanjang tengok Snowdrop. Semoga keluarga dan juga rakan artis mendiang dapat kuatkan diri ya…

Baca: Berita Sedih Buat ARMY, Suga BTS Positif Covid-19 Lepas Pulang Dari AS

untitled 2 3

Sumber: IDN Times
Sumber: Allkpop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.