in

“Sedih kito Mat” – Budak Nigeria Fasih ‘Kecek Kelate’ Sedih Tinggalkan Kawan-kawan Di Malaysia

Syaz Ft 2024 07 01T160855.980

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pertemuan ada perpisahannya, begitulah yang terjadi kepada seorang budak lelaki berbangsa Nigeria yang menetap di Kelantan selama dua tahun terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawannya di Malaysia.


Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @goleng120 budak berusia 14 tahun itu dilihat mengesat air matanya ketika berada di lapangan terbang selepas selesai bersalaman dengan rakan-rakannya.

Artikel berkaitan: Netizen Sebak Lihat Pak Guard Tertidur Demi Sesuap Nasi

Artikel berkaitan: Ibu Cari Rezeki Di Negara Orang, Bertemu Kembali Dengan Anak Lepas 6 Tahun ‘Berpisah’

@goleng120

Airmata bukti cinta Mat pada kawan² dan bumi Malaysia& kelate,😭 semoga jumpa lagi #matnigeria

♬ Salam Terakhir – Dato’ Sudirman

“Air mata bukti cinta Mat pada kawan-kawan dan bumi Malaysia dan Kelate. Semoga jumpa lagi.

Mat Nigeria terpaksa pulang ke negara asal selepas ayah dia telah tamat kontrak perkhidmatan di sini (Kelantan),” tulis kapsyen dalam video itu.

Budak lelaki itu sebelum ini pernah tular di aplikasi TikTok di mana dia dilihat amat petah bercakap dengan dialek Kelantan selepas tinggal di negeri pantai timur itu selama dua tahun.

Malah dalam perkongsian lain di laman TikTok yang sama, dia yang dikenali sebagai Muhammad Al Amin bin Abu Bakar itu bercita-cita untuk menyambung pengajiannya di Malaysia.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudah mencecah lebih 950k tontonan serta lebih 1.4k komen.

Allahu, kita pun sedih sekali…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.