Bencana banjir yang melanda kita baru-baru ini dilihat menjejaskan ramai individu tidak kiralah status atau gelaran mereka.
Demikianlah yang berlaku kepada Ebby Yus yang baru-baru ini kehilangan rumah yang dibina sejak 4 tahun lepas hasil titik peluhnya sebagai pelawak di industri seni tanah air.
Lebih menyedihkan, rumah yang berasaskan separa batu dan kayu itu dilaporkan hanya berbaki 10 peratus saja lagi sebelum lengkap disiapkan, dengan anggaran kerugian lebih kurang RM200,000. Ebby Yus bagaimanapun akur dengan ketentuan Tuhan dan bersyukur masih lagi dipinjamkan nyawa.
Mahligai impian dibina pelawak, Ebby Yus musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras dalam bencana banjir di Kuala Langat, Selangor, semalam. pic.twitter.com/OTrdMYqz0a
— Berita Harian (@bharianmy) December 19, 2021
Hadir berkongsi pengalaman hitam di Meletop
Baru-baru ini, pelakon itu dipanggil untuk membuat kemunculan di program bual bicara Meletop edisi Kongsi Kasih yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.
Melalui program tersebut, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid menukarkan momen kepada segmen tersebut kepada mood sedih apabila dia berkongsikan detik kejadian ketika rumahnya ‘lenyap’ disapu air banjir yang deras.
Sebelum kejadian, Ebby dikatakan telah datang ke rumah tersebut untuk memantau kerja-kerja pemasangan wallpaper sebelum dihubungi seorang ustaz untuk menyertai sebuah misi menghulurkan bantuan di tempat lain.
Tidak terikat dengan apa-apa projek ketika itu, Ebby terus bergerak ke Kuala Kapar dan terhenti di Sungai Serai apabila keadaan air sudah memenuhi jalan raya. Tidak lama selepas itu, dia berjaya meneruskan perjalanannya.
Ebby kemudiannya dihubungi pekerja di rumahnya yang memaklumkan bahawa air banjir telah mula masuk ke rumah tersebut.
Tukang rumah tu telefon kata air dah masuk ke rumah. Saya kata, okay lah saya tengah sibuk sekarang, esoklah saya datang tengok.” Jelas Ebby.
Walau bagaimanapun, dia sekali lagi dihubungi pekerja rumahnya ketika menjalankan misi bantuan di Kuala Kapar, di mana dia dimaklumkan bahawa rumah itu sudah hampir senget akibat air yang terlalu deras.
Apabila diberitahu yang pekerja tersebut tersekat di dalam rumah itu ketika kejadian, Ebby bertindak menyuruhnya berenang ke rumah berhampiran untuk menyelamatkan diri.
Rumah dah tak ada, bang
Pelakon itu akhirnya menerima panggilan dengan suara tangisan, memaklumkan bahawa rumah binaannya sudah musnah dan sebahagian besarnya telah hanyut dibawa air.
Kejap lagi saya dengar suara menangis, dia kata bang rumah abang dah tiada. Apa yang saya nak buat, saya kata Ya Allah Ya tuhanku, setakat itu je kau bagi kat aku.”
Pengalaman yang dikongsi oleh Ebby Yus itu menjadikan pengacara program tersebut iaitu Nabil dan Elly tidak dapat menahan sebak mereka dan mengalirkan air mata, bersimpati terhadap nasib rakan selebriti mereka.
Di sebalik tawa, ada kisah sedihnya
Rata-rata netizen di ruangan komen turut sebak mendengar perkongsian pelawak itu. Ramai antara mereka menyatakan bahawa Ebby Yus cekal kerana masih mampu ketawa ketika menceritakan tragedi itu. Dalam hati siapa yang tahu…
Sesi temu bual lengkap dari program itu boleh dilihat melalui laman YouTube Meletop, dengan jumlah durasai lebih 11 minit.
Semoga Ebby Yus tetap tabah. InsyaAllah akan ada rezeki lain di mana-mana nanti…
Baca: “Kami bukan GRAB” – Kongsi Kononnya Mangsa Banjir Terlalu ‘Demanding’ Suami Nora Danish Dikecam?