Bayangkan betapa pilunya hati apabila dapat perkhabaran anak yang baru dipeluk cium pagi tadi ‘pergi’ meninggalkan kita.
Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, meninggal dunia saat kita pergi bekerja semasa dalam jagaan pengasuh.
Genap setahun lalu, Dewi ‘pergi’
Seorang lelaki berkongsi pengalamannya di Twitter saat-saat akhir bersama puteri sulungnya, Dewi setahun yang lalu semasa Syawal ke-11.
“Anak you meragam tak nak letak langsung pagi tadi”
Dalam perbualan mereka pagi itu, isterinya, Nana, berkata Dewi meragam seolah-olah tak nak pergi ke taska.
Mungkin sebab dah lama bercuti raya kan, anak pun tak nak berenggang dengan mak ayah.
“Nana call aku menangis-nangis..”
Sebaik selesai berbual mengenai anak, masing-masing pun sambung membuat tugas hakiki sebelum tiba-tiba mendapat panggilan telefon yang terus mengubah kehidupan mereka suami isteri.
“Doktor tengah selamatkan Dewi. I tak tahu Dewi kenapa”
“Kami dah cuba segala prosedur, tapi we’re so sorry..”
Meraung-raung, Dewi dah pergi
Menurut Tun Fairuz, anaknya tak sakit apa-apa sewaktu ditinggalkan di taska pagi itu. Boleh bayangkan tak perasaan mereka semasa semua ini berlaku?
“Anak, yang nyamuk nak gigit pun aku tak benarkan – aku kena kambus dia dalam tanah”
“Dewi, I risau tertindih dia..”
Malam itu selepas mengebumikan Dewi, tiba-tiba saja Nana kelam-kabut seolah-olah mencari sesuatu.
Syukur alhamdulillah, ada juga sinar dalam kehidupan Tun Fairuz dan Nana. Akhirnya mereka bakal mendapat cahaya mata baru!
“Tengoklah nanti. Nak jaga adik!”
Mereka juga bakal berpindah ke Jerman sebaik saja Nana bersalin dan menghadiri konvokesyen pengajian PhD.
Sebak baca luahan hati Tun Fairuz ini. Perit dan semestinya tak mudah!
Dewi dipercayai tersedak susu semasa dalam jagaan pengasuh, menurut ayahnya.
Insya-Allah, adik Dewi sedang menunggu ibu ayah dan adik di pintu Jannah. Semoga rohnya dirahmati Allah swt.