Bagi umat Islam, bulan Ramadan adalah satu bulan mulia yang paling ditunggu-tunggu. Bukan sahaja kerana kemeriahannya tetapi juga di bulan ini segala ibadah yang dilakukan berlipat kali ganda ganjarannya.
Bulan Ramadan ini perlu dihormati oleh semua muslimin dan muslimat, namun baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang TikToker yang mendatangkan kritikan netizen.
Artikel berkenaan: Tular Video Peniaga Berebut Tapak Bazar Ramadan, Siap Ada Yang Jatuh Tersungkur
Artikel berkenaan: “Saya mohon maaf” – Didakwa Benarkan Puasa Hari Tasyrik, Ustaz Don Beri Penjelasan
Video berkenaan memaparkan seorang orang berbangsa Melayu dan beragama Islam meminta seorang pak cik berbangsa India untuk membelikan makanan secara sorok-sorok.
Menjengah ke ruangan komen, pembikin video itu memberitahu content tersebut dirakam sebelum bulan puasa dan ingin dijadikan pengajaran buat semua.
Namun, ramai netizen merasakan video yang dimuat naik semalam itu seakan mempersendakan agama selain tidak menghormati bulan Ramadan.
Pun begitu, content creator tersebut tiada mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan video tersebut dan setakat artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat lebih 250K tontonan di TikTok.
Hmm, korang rasa ok ke content macam ni?
Sumber: TikTok