in

Sediakan Popcorn! 7 Filem Best Tempatan & Antarabangsa Yang Bakal Masuk Pawagam

cats 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun 2023 sudahpun memasuki bulan Februari. Pada Januari lalu, banyak filem menarik yang ditayangkan di pawagam. Antaranya adalah filem bergenre seram serta sains fiksyen bertajuk Megan yang menjadi bualan ramai penonton kerana jalan ceritanya yang unuk.

Pada tahun lalu pula, kita dikejutkan dengan filem Mat Kilau yang berjaya mengumpul keuntungan sekitar RM100 juta. Filem ini sekali gus menjadi satu-satunya filem tempatan yang meraih keuntungan sedemikan rupa.


Sebenarnya, banyak lagi filem menarik tempatan dan antarabangsa yang masih belum ditayangkan di pawagam dan dinantikan oleh ramai peminat. Jadi pada hari ini, Lobak Merah akan kongsikan senarai 7 filem best tempatan dan antarabangsa yang bakal ditayangkan tidak lama lagi!

1. Ant-Man And The Wasp: Quantumania

   4

Filem pertama Ant-Man ditayangkan pada tahun 2015, iaitu pada 7 tahun yang lalu. Jadi, filem ini boleh dikatakan sangat ditunggu-tunggu oleh penonton terutama sekali penggemar filem Marvel!

Ant-Man And The Wasp: Quantumania mengisahkan tentang Scott-Lang dan Hope Van Dyne meneruskan pengembaraan mereka sebagai Ant-Man and The Wasp. Bagaimanapun, mereka menemui pelbagai makhluk pelik ketika sedang meneroka Alam Quantum. Apa yang bakal berlaku?

Jangan lupa tonton pada 16 Februari nanti!

2. The Super Mario Bros. Movie

3

Mereka yang lahir pada tahun 90-an pasti kenal akan karakter Mario menerusi permainan video yang popular pada zaman dahulu. Filem ini merupakan adapasi video permainan popular, Mario.

Filem ini mengisahkan tentang Mario bersama abangnya, Luigi mengembara melalui labirin bawah tanah untuk menyelamatkan seorang puteri yang telah ditangkap. Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 20 April nanti!

3. The Little Mermaid

2

Filem ini pasti akan membuatkan kanak-kanak perempuan berasa teruja untuk menontonnya di pawagam. Filem ini mengisahkan tentang puteri duyung muda yang mahu meneroka dunia manusia.

Puteri Ariel ialah ikan duyung dan telah jatuh cinta dengan seorang putera raja di atas darat. Dia berasa terdesak lalu membuat perjanjian dengan ahli sihir laut untuk memberikan Ariel kaki manusia. Namun, dia terpaksa mengorbankan sesuatu dan banyak perkara buruk terjadi semenjak penjanjian dilakukan.

Mampukan Ariel menyelamatkan dirinya? Tonton filem ini pada bulan Mei nanti!

4. Elemental

1

Filem ini bakal ditayangkan pada 16 Jun 2023. Elemental mengisahkan tentang dua makhluk comel yang diperbuat daripada api dan air, iaitu Ember dan Wade. Jika dilihat secara kasar, api dan air tidak boleh bersama namun mereka berdua mempunyai banyak persamaan!

Filem ini sangat sesuai buat kanak-kanak dan orang dewasa!

5. Polis EVO3

5 3

Filem aksi arahan Syafiq Yusof ini merupakan filem ketiga dalam trilogi Polis EVO. Dua filem sebelum ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan boleh dikatakan mempunyai jalan cerita yang tidak cliche serta sangat menarik.

Filem ini dijangka akan ditayangkan pada bulan Mei tahun ini. Tak sabar nak tengok!

6. Malbatt: Misi Bakara

MV5BMTgwYmZjNGYtZDgxMC00ODRiLThhNWMtMzVjMWM3Y2QwNzY5XkEyXkFqcGdeQXVyODI3NTA4OTk@. V1 FMjpg UX1000

Malbatt: Misi Bakara merupakan filem berdasarkan peristiwa ‘Black Hawk Down’ di mana pasukan tentera Malaysia terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pentempuran di Bakara Market, Somalia.

Filem ini dijangka akan ditayangkan pada bulan Ogos tahun ini. Pasti pecah panggung!

7. The Original Gangster

MV5BY2E4NDllMTYtZTNkOS00ZTBmLWFlYzMtOWI4NTIxOTNiMWIzXkEyXkFqcGdeQXVyNzU5NDkzNTg@. V1 FMjpg UX1000

Sebelum ini, Syamsul Yusof ada membuat pengumuman bahawa filem ini masih dalam pembikinan dan dibarisi oleh pelakon yang mantap seperti Yayan Ruhian, Sharnaaz Ahmad, Aaron Aziz dan Beto Kusyairy.

Sehingga ke hari ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada Syamsul Yusof berkenaan tarikh tayangan yang sebenar, namun The Original Gangster dijangka akan ditayangkan pada tahun ini.

Kredit: rafzantomomi

BACA: 7 Filem Berkaitan Zombie Yang Dijamin Best Teruk, Sediakan Popcorn!

cats 21

Sumber: Sumber
Sumber: Sumber
Sumber: Sumber
Sumber: Sumber
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.