in

“Sedarlah diri tu gundik” – Terlalu Bercita-cita Tinggi & Nak Sabotaj Queen, Ini Kisah Disebalik Gundik Diraja Thai Ditarik Gelaran

Gundik Mulia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lain negara, lain adatnya. Kalau korang mengikuti perkembangan negara Thailand, Raja Vajiralongkorn pada 26 Julai 2019 lalu telah melantik Sineenat Wongvajirapakdi sebagai ‘gundik diraja’ yang membawa gelaran ‘Consort Noble’.

Tapi agak mengejutkan jugaklah, tak sampai dua bulan jadi ‘gundik paling mulia’ dan wanita kedua yang memegang gelaran ni dalam sejarah negara Thailand, Raja Vajiralongkorn katanya dah tarik balik gelaran tersebut dari Sineenat. 


Https S3 Ap Northeast 1.Amazonaws.com Psh Ex Ftnikkei 3937Bb4 Images 2 6 3 4 23124362 3 Eng Gb Cropped 15716743481344044
sumber: asian nikkei

Apa dah jadi? Dramatik sungguh macam dalam drama Thai kan? Meh admin nak cerita satu persatu kat korang. 

 

Siapa Sineenat Wongvajirapakdi ni sebenarnya? 

Sebenarnya agak menarik bila kita teliti semula sejarah di sebalik gelaran ‘gundik paling mulia’ kat negara Thailand ni. Menurut Straits Times, Sineenat ni adalah wanita pertama dalam tempoh hampir satu abad mendapat title ‘noble consort’ di Thailand.

Sineenat Wongvajirapakdi 01
sumber: tribun

Dia telah dikurniakan gelaran tersebut kurang dari 3 bulan lalu oleh Raja Vajiralongkorn pada hari lahirnya ke 67 lepas. Lebih menarik lagi, gelaran ni jugak diberikan kepada Sineenat lepas dua bulan Raja berkahwin dengan Queen Suthida, isteri keempatnya.

Sineenat ni juga bukan calang-calang wanita. Dia seorang pilot yang bertauliah dan pernah training dengan Thai Air Force pada 2018. Malah dia juga pernah menjadi seorang jururawat tentera di usia 23 tahun.

Sineenat Wongvajirapakdi2708 2
sumber: es

Tak cukup dengan tu, Sineenat ni pernah lalui military training programmes termasuklah pernah training jadi royal bodyguard sampai dia akhirnya bertugas sebagai bodyguard Raja sendiri dan dikurniakan pangkat mejar jeneral pada Mei lepas. Fuh gilalah! 

 

Bersikap buruk dan tak setia dengan raja jadi sebab dilucut gelaran

Sungguhpun Sineenat ni boleh dikatakan ada background yang hebat, tapi ini tak semestinya dia kebal daripada hukuman raja.

Pada Isnin lepas (21 Oktober 2019), Raja Vajiralongkorn telah mengeluarkan kenyataan yang baginda melucutkan gelaran gundik diraja daripada Sineenat. Menurut surat rasmi terbabit, Sineenat ditarik gelarannya kerana ‘sikap buruk dan tidak setia dengan monarki’. 

Malah kenyataan daripada surat tersebut juga mengatakan yang Sineenat ni sangat ‘bercita-cita tinggi’ dan ‘cuba untuk menaikkan dirinya pulak sebagai permaisuri’. Pulak daaah! 

Sikapnya ini dianggap biadap dan ‘tidak patuh dengan raja dan permaisuri’ serta telah menyalahgunakan kuasa yang dia ada untuk memberi arahan atas pihak raja. Raja Vajiralongkorn juga macam nak luahkan habis-habisan bila dia kata,

Download 1
sumber: la times

Dia langsung tidak bersyukur dengan gelaran yang diberikan kepadanya, malah dia juga tidak bersikap sebaiknya mengikut status yang dimiliki sekarang.”

 

Dua bekas isteri Raja pernah kena nasib yang sama

Apa-apapun setakat ni, kita tak tahu apa yang bakal berlaku kepada Sineenat. Namun dua bekas isteri Raja Vajiralongkorn sebelum ini pernah melalui hal yang sama. 

Menurut BBC, pada 1996, Raja Thai ini pernah menceraikan isteri keduanya, Sujarinee Vivacharawongse yang akhirnya lari ke US. Baginda kemudian tidak mengaku bapa kepada 4 orang anak yang dimiliki dengan wanita tersebut.

Sujarinee Vivacharawongse F962B0D2 E624 441E 923F 92Eac11Bc4D Resize 750
sumber: alchatron

Pada 2014 pula, isteri ketiganya, Srirasmi Suwadee telah dilucutkan segala gelarannya dan dibuang dari Istana serta ibu bapanya pulak katanya telah ditangkap dan dipenjarakan kerana ‘lese-majeste’ iaitu undang-undang yang melarang untuk memfitnah, mengeji dan mengugut raja.

20150515 044112
sumber: royal foilable

Tak siapa tahu kat mana Srirasmi sekarang tapi anaknya yang berusia 14 tahun kini telah dijaga oleh Raja Vaijiralongkorn.

So apakah kesudahan kisah Sineenat? Kita tunggu sajalah nanti. 

Baca: “Kita kondem Thailand guna gajah, sekali Malaysia 2” – Nak Promosi Kereta Lembu di Melaka, Lembu Jatuh Sakit Tak Tahan Muatan Berat

Kereta 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.