Setiap orang mempunyai makanan kegemaran buat sarapan pagi. Ada yang sukakan makanan berat seperti nasi lemak, dan ada juga yang lebih memilih makanan ringan seperti kopi sahaja. Buat sesetengah orang pula, mereka memilih untuk sarapan bijirin dan susu.
Koko Krunch campur kari
Bercerita tentang bijirin, seorang lelaki dari Singapura membuat ramai bingung dan terkesima apabila dia mencampurkan bijirin Koko Krunch bersama kari ayam.
Menerusi video berdurasi selama 16 saat itu, lelaki ini berkata dia mempunyai perasaan yang positif berkenaan campuran bijirin dan kari. Menurutnya, rasa bijiran dan kari tidaklah seteruk yang disangka, sebaliknya sedap.
Sambungnya lagi, kuah kari membuatkan rasa bijirin itu lebih berlemak dan sedap berbanding susu. Dia juga menyatakan rasa pedas dan manis daripada kari itu membuatkan ia unik dan sedap. Video tersebut turut menunjukkan lelaki itu menyuap beberapa kali menu unik itu.
@foodmakescalhappy Curry Cereal! 🧡🧡🧡 #sgfoodie #cookinghacks #easyrecipes #breakfastideas #cereal
Reaksi warganet
Video tersebut ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet. Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet berasa pelik dengan kombinasi itu. Malah, ada yang mempersoalkan bagaimana lelaki itu sanggup menghabiskan bijirin dan kari tersebut.
“Terbaik bang, saya takkan cuba menu ini”, tulis seorang individu.
Apa pendapat anda tentang kombinasi bijirin dan kari?
Kredit: foodmakescalhappy
BACA: Penjual Nasi Kuning Mirip Oppa Lee Min Ho Buat Ramai Gadis Tak Keruan