in

“Sebungkus RM 15” – Gerai Nasi Ayam Berempah Di Bazar Puchong Sudah Ditutup

Nasi Kukus Rm15 Puchong Tutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial baru-baru ini tentang sebuah gerai di bazar Ramadan Puchong yang dikatakan menjual nasi ayam berempah pada harga yang tidak masuk akal untuk sebungkus juadah tersebut iaitu RM 15.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, ketika ditemui dalam satu program baru-baru ini.


Pun begitu, tambah Salahuddin lagi, kes (harga melampau) ini amatlah terpencil selain mengakui bahawa harga yang dikenakan oleh gerai berkenaan amatlah tidak berpatutan.

Bazar Ramadan

Selain itu, gerai berkenaan turut diperiksa oleh pegawai penguat kuasa kementerian, namun mendapati ianya kini sudah ditutup mungkin menerima kritikan orang ramai.

“Saya tak dengar aduan harga melampau, kecuali satu kes membabitkan nasi ayam berempah yang dijual dengan harga RM15 yang saya anggap terpencil”

Mengelaskan kejadian tersebut sebagai kes terpencil, Salahuddin akui sekiranya nasi dengan ayam ataupun sayur paling tinggi akan dijual pada RM8 hingga RM9.

338153388 778178620353573 5373978307627468920 N

Pun begitu, Salahuddin berkata, sekiranya para peniaga dikesan mengenakan harga yang tak masuk akal dan melampau, pihaknya tidak akan mendenda mahupun merampas peralatan perniagaan, sebaliknya nasihat akan diberikan kepada peniaga yang didapati bersalah.

Baca : EKSKLUSIF : Netizen ‘Complaint’ Harga Makanan Di Bazar Mahal & Tak Berbaloi?

Collage 54

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.