in

Sebijik! Wanita Buat Make Up Ala Muka TokTi Buat Netizen Kagum

tiktok3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jelas sekali kita dapat lihat sekarang penerimaan netizen terhadap aplikasi TikTok yang dulu dipandang serong kerana ia kini menjadi satu platform untuk seseorang itu menunjukkan bakat mereka.

Viral di media sosial sekarang apabila ada seorang jurusolek yang difahamkan berasal dari Indonesia membuat transformasi rupanya seakan-akan individu sebenar hanya daripada hasil solekannya itu.


Ia menjadi tumpuan netizen di Malaysia kerana wanita yang dikenali sebagai Lucky Hakim di TikTok ini transformasi rupanya yang sama macam penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

 

Sekali dia mekap terus macam iras-iras Tokti, Power gila!

https://twitter.com/IniAlannn/status/1305884722057195520

Rata-rata netizen begitu kagum dengan kreativiti wanita ini, namun begitu, ada juga yang lihat video ini rupa wanita tersebut sebelum make up pun dah ada iras-iras TokTi sikit.

tokti

Bukan TokTi je, ada juga beberapa artis lain yang dia dah buat termasuklah artis barat. Ia akan melakukannya berdasarkan permintaan netizen, macam TokTi ni Zulin Aziz yang minta.

Korang boleh tengok sendiri dekat TikTok dia. Selena Gomez dengan Arianna Grande pun ada tau!

 

Baca : “Tak edit, ni memang real punya” – Ramai Terpegun Lelaki Ni Mampu Buat Suara Tokti The Legend!

suarasiti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.