in

“Sebijik macam baba dia!”- [VIDEO] Netizen Cair Tengok Gelagat Jebat Jayden Sembang Dengan Mommy

fi jebat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal si cilik comel hero tunggal Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila ni kan. Kecomelan dia tu dah buat ramai yang cair!

Sebelum ini, dia banyak muncul dalam video di YouTube Channel babanya, tapi kali ini keletahnya dirakam pula oleh keluarga mommynya!


Si kecil Jebat Jayden Ahmad ini sekali lagi telah berjaya mencuri hati para netizen dengan gelagatnya menerusi video perkongsian di laman TikTok peribadi dadhinya, Noor Kartini.

@noorkartini66

Kesian cucu dadhi demam.. doakan jebat jayden ahmad soleh sehat ye#fyp #fypシ

♬ original sound – Noor Kartini – Noor Kartini Noor Mohamed

Siapa sangka video yang hanya mengambil masa 24 saat ini telah berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 2.2 juta penonton dalam masa kurang 24 jam!

“Saya tak wisau, saya memang baik” 

Walaupun sedang dalam keadaan tidak sihat, Jebat Jayden dipuji sangat sopan menjawab soalan mommynya. Gelagatnya ketika menjawab soalan mommynya Noor Nabila itu telah berjaya membuat ramai yang cair dengan gaya pelatnya.

Jika dilihat di ruangan komen pula, ramai yang memuji kecomelannya itu mirip babanya Sharnaaz! Ramai juga yang mendoakan agar dia cepat sembuh.

komen jebat

Kalau dulu dia agak pelat, kini Jebat Jayden terlihat sangat petah bersembang. Menerusi video perkongsian daripada ahli keluarganya yang lain, makin petah ya dia berbual sekarang!

Anak baba kan…mesti lah ikut baba dia! Apapun, semoga cepat sembuh ya Jebat. Nanti join baba buat video lagi tau!

Baca: Jaga Jebat elok-elok-Sharnaaz Ucap Selamat Pengantin Baru Kepada Bekas Isteri, Nasihat Jaga Anak Elok-Elok

baca jebat

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.