in

Sebiji! Buat Parodi Jadi Yoe Parey, Ramai Kata UBI Memang Layak Jadi Juara

cover 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kumpulan UBI yang dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie telah mencuri perhatian ramai sejak minggu pertama berlangsungnya Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3).

Menepati ramalan ramai, kumpulan trio ini berjaya menjuarai MLS3 dan membawa pulang hadiah RM150,000 beserta trofi. Tahniah buat mereka!


ubi332 1663951574

Persembahan kedua pecah habis!

MLS3 peringkat akhir menampilkan kumpulan CILI, BAHROY, OOD dan UBI, dan mereka dikehendaki membuat dua persembahan. Untuk persembahan kedua kumpulan UBI, mereka ternyata membuat satu dewan ‘sakit perut’ apabila parodi yang dilakukan oleh Namie berjaya mencuit hati penonton.

Persembahan kedua kumpulan UBI mengisahkan tiga beradik yang mengalami pergaduhan kecil dan Namie membawa watak sebagai adik. Menariknya, Namie membuat parodi menjadi Yoe Parey dengan gaya percakapan dan dialek yang seakan-akan serupa.

2 2 2

Tidak cukup dengan itu, kumpulan UBI juga menampilkan jenaka ‘sambung peribahasa’ yang sering dilakukan oleh Yoe Parey sebelum ini. Persembahan UBI begitu memukau sehinggakan hampir semua penonton dan juri di dalam dewan berdiri serta memberi tepukan buat mereka.

Apa kata warganet?

Hasil carian di media sosial mendapati rata-rata warganet tidak terkejut apabila UBI dinobatkan sebagai juara MLS3 selepas melihatkan persembahan mereka yang konsisten dan sentiasa mencuit hati.

Ada juga beberapa peminat yang berharap Namie akan terus berkarya di dalam bidang seni kerana menurut mereka, Namie mempunyai bakat yang hebat sebagai seorang penghibur.

BACA: “Perli tak tapis” – Persembahan Ubi Bikin Ramai Terhibur, Buat Parodi Jadi ‘Ikon Permotoran’ Malaysia

Capture 16

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.