in

“Sebenarnya saya tak ada darah Indonesia” – Kenyataan Agnez Mo Dalam Temuramah Di US Undang Kemarahan Netizen

agnes4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Video temu ramah penyanyi Agnez Monica atau kini lebih selesa dikenali sebagai Agnez Mo kini menjadi buat mulut buat netizen-netizen dari negara jiran, Indonesia.

Ia susulan dengan kenyataan  Agnez Mo yang apabila mengakui bahawa dirinya tidak ada darah Indonesia. Malah pelantun lagu ‘Matahariku’ ini juga dia hanya dilahirkan di Indonesia sahaja.


 

Mengaku kacukan Jerman, Jepun dan China

Video Youtube Build Series by Yahoo diadakan pada 22 November 2019 lepas,bagi yang mengikuti perkembangannya Agnez Mo kini sedar menerpa nama untuk ke peringkat antarabangsa.

Itu sebablah dia begitu aktif menghasilkan muzik Inggeris dan kini dia telah menetap di Amerika Syarikat.

Dia diundang ke temuramah tersebut berikutan dengan penghasilan single terbaru berjudul Diamond. Dalam interview tu Agnez Mo ada ceritakan tentang dirinya dan budaya serta muzik di Indonesia.

Dia ada menjelaskan bahawa dirinya sama sekali tidak ada darah Indonesia dan dia hanya lahir disitu. Bagaimanapun dia menjelaskan yang di bangga membesar di negara tersebut.

 

Sebenarnya saya tak ada darah Indonesia. Saya ada darah Jerman, Jepun dan China dan saya hanya lahir di Indonesia”

Dalam video tersebut, menurut Tribunnews Agnez juga ada menjelaskan tentang keagamaan di Indonesia, kata Agnez, dia mengaku dirinya kaum minoriti di negara tersebut.

“Saya Kristian, dan majoriti disana agama Islam. Jadi saya taklah nak kata yang saya tak layak tinggal disana kerana orang disana boleh terima saya seadanya, cuma saya selalu ada fikir yang saya ni lain tak macam mereka” 

Agnez juga ada menjelaskan dia harus overcome apabila dirinya berlainan daripada majoriti itu. Apa yang dia cuba nak sampaikan adalah sikap dan perpaduan yang dipupuk dalam kalangan orang-orang dari negara seberang.

Tapi kenyataan tentang latar belakang dirinya itu ternyata mengundang kemarahan orang ramai,  Agnez Mo telah dilabel sebagai lupakan kulit.

 

Dilabel kacang lupakan kulit oleh netizen

Keratan video itu terus tular di Twitter dan menjadi bualan hangat netizen negara jiran. Tapi ada juga yang sokong.

https://twitter.com/transkripsi/status/1199155118710505472?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1199155118710505472&ref_url=https%3A%2F%2Ftwitter.com%2Ftranskripsi%2Fstatus%2F1199155118710505472

https://twitter.com/sdlnkfrd/status/1199186228530184193?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1199186228530184193&ref_url=https%3A%2F%2Ftwitter.com%2Fsdlnkfrd%2Fstatus%2F1199186228530184193

 

Susulan dengan kecaman hebat yang diterima itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu “Tak Ada Logika” ini tampil perjelaskan isu tersebut. Melalui Instagramnya, dia menjelaskan yang dia bangga dibesarkan di Indonesia.

 

Saya cuba pertahankan perbaduan dalam keterangkuman budaya” – Agnez Mo

https://www.instagram.com/p/B5UBJShpMhO/?utm_source=ig_embed

“Saya dilahirkan dalam budaya yang ada berbagai-bagai budaya. Saya cuba nak pertahankan keterangkuman budaya. Bhinneka Tunggal Ika bermaksud perpaduan dalam kepelbagaian. Saya akan selalu jujur kepada dunia bagaimana kaum minoriti seperti saya diberi kesempatan untuk mengejar impan”

Jangan lah terlalu mudah salah sangka dia bukanlah nak kata dia lupa diri, dia menjelaskan lasal usul dan latar belakang keluarganya yang mungkin ramai tak tahu.

 

Baca : Macam Omputih! Adegan Panas Agnes Monica Dikecam Murahan

agnes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.