Siapa yang pernah menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS), mesti terngiang-ngiang rasa kacang yang diberikan ketika dalam penerbangan kan? Ia merupakan salah satu keunikan ketika anda menggunakan perkhidmatan MAS itu.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial seorang influencer yang terkenal iaitu Azfarheri mendapat sekampit kacang ketika menaiki pesawat MAS.
Tadi dalam flight time otw balik MY, kita nya tidur la, lepas tu bangun bangun tetiba ada kacang banyak depan mata, terkejut la kita lalu tanya la pramugari itu, rupanya dia kasi, amikkau satu bag yee. Thank you pramugari MAS yang cantik, love youuu and kacang and air jus❤️✈️ pic.twitter.com/M0zuacQ0EG
— Azfar Heri ?? (@Azfarheri) August 29, 2022
Walaupun ramai yang menganggap itu rezeki influencer tersebut, tetapi masih ramai yang merasakan perkara itu seakan tidak adil, malah ada juga yang merasakan mungkin kerana Azfarheri itu seorang yang terkenal dan disebabkan itu dia mendapat layanan sedemikian.
Perkara itu juga mendapat perhatian Zairulkefli Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella yang merupakan seorang penyanyi era 90-an yang masih terkenal sehingga hari ini dan dia juga merupakan bekas pramugara syarikat penerbangan tersebut.
@zarulumbrellaofficial Ini pendapat saya melalui pengalaman
Menerusi TikTok miliknya, Zarul meluahkan rasa kecewa kerana kacang tersebut perlu dibahagi secara sama rata kepada semua penumpang.
“Ikut SOP, hanya bagi sorang passenger satu. Mungkin paling banyak lima atau enam, kalau ada extra.
Tapi tak lebih sebab kita akan bagi kepada penumpang untuk next flight” katanya.
Bekas pramugara yang berkhidmat selama 17 tahun dengan syarikat penerbangan itu juga berkata, pihak pramugara atau pramugari tidak seharusnya memberikan kacang ikonik itu dengan kuantiti yang banyak kepada seorang penumpang.
Tapi kacang MAS memang sedap pun!
Baca: Juruterbang Maut, Pembantu Cedera Dalam Insiden Pesawat Ringan Terhempas Di Ipoh