in

“Sebelum kenal abang wiring pun dah banyak kali kantoi” – Bekas Suami

ft bekas suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai ‘Abang CCTV & Wiring’ dilihat sedang menjadi buah mulut orang ramai di mana-mana platform media sosial. Isu ini menjadi  semakin hangat apabila bekas suami kepada ‘cikgu’ yang mahu dikenali sebagai Azraf ini tampil bersuara. Katanya, dia sudah melafazkan cerai terhadap bekas isterinya yang bekerja sebagai seorang guru pada 24 Februari lalu di Mahkamah Syariah Melaka.

Tujuan dia tampil bersuara ini adalah untuk membersihkan namanya apabila dia dituduh dayus kerana membiarkan bekas isterinya itu curang.


Artikel berkaitan : Panas Isu Skandal CCTV & Wiring’, Peguam Tegur Tindakan Isteri Tularkan Mesej Whatsapp

Artikel berkaitan : Lelaki Ditampar Isteri Depan Orang Ramai Lepas Kantoi Curang Sewaktu Isteri Keluar Bekerja

Screenshot 2025 05 26 174934

“Saya malu sangat. Saya dan bekas isteri itu berkawan sejak kecil. Hari ini hari yang saya tunggu sebab saya bukan lagi suami dia.”

“Saya tak ada niat nak buka aib tapi saya juga perlu beri keterangan daripada pihak saya. Saya terganggu apabila orang bertanya, saya dayus ke, diam diri je? Yang lain biarlah Allah saja yang tahu.”

Jelas Azraf kepada mStar Online lagi, dia kini rasa lebih tenang dan lega setelah memperoleh sijil cerai daripada Pejabat Agama Islam Ayer Keroh, Melaka dan menandakan berakhirnya satu episod pahit dalam hidupnya.

Screenshot 2025 05 26 174907

Menurut lelaki ini lagi, Azraf dan guru wanita tersebut bernikah pada 24 Ogos tahun lalu, bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama 6 bulan. Pada ketika itu, guru tersebut berstatus ibu tunggal anak satu.

Dalam pada itu, Azfar turut mendedahkan bahawa ‘abang wiring’ bukanlah kekasih gelap pertama wanita tersebut.

“Lelaki itu datang rumah untuk pasang L-Box dan buat kerja wiring, bukan pasang CCTV pun. Dari situ mereka mula kenal dan berkawan pada bulan September.”

“Masuk 3 bulan kahwin, dia dah kantoi. Tapi saya masih beri peluang. Sebelum kenal abang wiring ni pun, dia dah banyak kali kantoi. Tapi saya malas nak peningkan kepala.”

“Lagi pula bukti mengenai kecurangan dia, ada yang saya masih disimpan dan ada juga sudah dibuang.”

Disebabkan kes itu, Azraf mengaku yang dia ada jumpa bekas suami pertama guru tersebut dan berharap lelaki itu mampu menerima kenyataan dengan hati terbuka sebagaimana dirinya.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.