Semalam seorang tukang rumah berusia 42 tahun telah menjadi individu pertama di Terengganu yang menerima hukuman sebatan di khalayak umum atas kesalahan khalwat berulang.
Memetik laporan Berita Harian, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail memutuskan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza ada memberi ulasan mengenai hukuman sebat ini. Beliau berkata hukuman sebat tanpa mencederakan penzina memang terdapat dapat al-Quran dan al-Sunnah namun ia dilaksanakan dengan syarat dan peraturan yang sangat ketat.
Kes itu hendaklah disaksikan oleh empat orang saksi yang dipercayai menyaksikan kemaluan lelaki masuk ke dalam faraj perempuan terbabit. Dalam kata lain, hampir mustahil untuk kita menemui pasangan berzina membiarkan empat orang saksi menonton perzinaan mereka melainkan pasangan itu memang pejuang zina secara terbuka.”
Dr Maza turut menambah, jika perkata yang disebutkan seperti di atas tidak berjaya dibuktikan, kes zina hanya boleh disabit dengan pengakuan yang berterusan oleh pelaku.
Mufti Perlis itu juga menambah, tiada penetapan syarak menyuruh pesalah zina disebat di khalayak ramai. Bahkan, menyebat kes seperti itu di khalayak ramai dibimbangi bercanggah dengan kehendak syarak yang menyuruh menutup keaiban peribadi individu.
Secara kesimpulannya, beliau berkata agama Islam ini disifatkan sebagai anti gosip dan tidak suka pelaksanaan hukuman zina melainkan individu itu memang penzina tegar secara terang tanpa selindung atau dia sendiri benar-benar menuntut dirinya dihukum.
Baca: Tukang Rumah Jadi Individu Pertama Di Terengganu Dis*bat Depan Khalayak Sebab Berkhalwat