in

Sebar Video Warung Burger Kena ‘Sapu’ DBKL, Pemuda Ini ‘Dihentam’ Sebab Gunakan Bangsa Konon Ditindas Padahal…

Dbkl9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua hari lepas, ada video menjadi tular di Twitter apabila warung seorang peniaga kena dirampas oleh pihak DBKL. Perkongsian daripada Mohd Ismail Asrin Azmi ini telah meraih perhatian netizen.


Kalau diperhatikan memang kesian melihat nasib tuan empunya badan tu, sebab ia adalah salah satu sumber utama pendapatan.

Tapi, kita di Malaysia ada undang-undang, kalau perniagaan dijalankan itu tak berlesen sudah semestinya ia akan dirampas. Cuma apa yang netizen tak berapa nak berkenan apabila individu yang kongsikan video ini gunakan nama ‘melayu’ sebagai lambang penindasan.

 

“Ni lah nasib peniaga Melayu di Malaysia”

Secara umumnya, netizen tak salahkan pun peniaga tersebut, cuma apa yang didakwa oleh individu yang kongsikan video ini boleh dikatakan ada unsur-unsur perkauman.

“Kecoh Lokasi. desa pandan. peniaga buger kedai di kutip DBKL ni lah nasib peniaga melayu di melaysia cari makan sikit2 kena kutip . Sabar lah wahai anak melayu”

Ya lah, kalau tak ada lesen tak kiralah bangsa apa sekalipun, pasti akan dirampas kan? Hmm, kalau diperhatikan memang kesian tengaok nasib peniaga ni.

Menurut sumber, kejadian ini berlaku di Desa Pandan, dan peniaga dikatakan ini tak berlesen, itu sebab lah warung burger dia kena rampas. Bagaimanapun dua video yang berdurasi kurang daripada seminit ini bukanlah perhatian utama netizen, tapi caption pada video tersebut.

Kritikan yang dilontarkan individu ini telah mengundang kecaman netizen, mereka gesa individu ini untuk berhenti membabitkan isu perkauman.

 

Dah 2019 ni, boleh ke kalau berhenti label peniaga tu melayu ke cina ke india? – Netizen

Dbkl Dbkl2 Dbkl3 Dbkl4 Dbkl5

 

Tak pernah terfikir ke nak buat lesen? DBKL cuma jalankan tugas dia

Lesen Lesen2 Lesen3 Lesen4 Lesen5 Lesen6

Hurm, tak apalah nak buat apa. Dah nasib badan, harap lepasni pengajaran buat semua, kalau nak berniaga jangan lupa pada undang-undang.

Kalau tak nak sumber pencarian terganggu, ikut sahaja apa yang telah ditetapkan. Pakai unsur politik dan perkauman tak berguna pun

 

Baca : “Peniaga tak dibenarkan naikkan harga”

Page Mb 758X399 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.