Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memfailkan tindakan sivil terhadap 2 saluran dari platform Telegram iaitu Edisi Siasat dan Edisi Khas kerana didapati menyebarkan kandungan yang berpotensi menghakis kepercayaan orang awam terhadap institusi awam negara serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.
Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC menjelaskan tindakan tegas yang diambil terhadap 2 akaun itu berikutan ia telah melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Artikel berkaitan : JAKIM Lapor MCMC, Pengguna Facebook Buat Komen Jelik Ketika Istiadat Pengebumian Tun Abdullah
Artikel berkaitan : Muat Naik Video Teaser Hari Raya Berunsur Jelik, MCMC Rakam Percakapan Aliff Syukri
“Tindakan ini yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial, khususnya kerana Telegram adalah pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) (ASP(C)).”
“Ia susulan kegagalan serius Telegram untuk menangani kandungan yang sudah berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka, walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama sudah dilakukan oleh MCMC.”
Jelasnya berikutan dengan pematuhan yang tidak memuaskan, pihak MCMC sudah memohon dan berjaya memperoleh perintah injuksi interim daripada Mahkamah Tinggi sebagai langkah terakhir bagi menghentikan penyebaran kandungan memudaratkan berkenaan serta menghalang penerbitan semula kandungan kandungan seumpamanya.
“Tindakan ini diambil demi memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan dan kepentingan awam terus dilindungi. Pihak Telegram akan diberikan ruang sewajarnya untuk mengemukakan pembelaan selaras dengan prinsip keadilan dan hak asasi.”
“MCMC sebagai badan kawal selia ingin mengingatkan bahawa semua penyedia platform media sosial bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan di ruang digital masing-masing.”
“MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama untuk platfform lain juga bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna terus terpelihara.”
Tambahnya, MCMC juga kekal komited dalam memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang.
Dalam pada itu, MCMC dalam pada itu menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan serupa terhadap mana-mana platform lain yang gagal mematuhi undang-undang dan piawaian keselamatan digital negara.
Sumber : Berita Harian, Astro Awani