in

Sebar Fitnah Terhadap KPN, Razarudin Saman Papagomo RM3 Juta

3kpn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada hari ini telah memfailkan saman fitnah sebanyak RM3 Juta terhadap Papagamo ekoran beberapa kenyataan yang dikeluarkannya.

Memetik laporan Berita Harian, telah melabelkan Razarudin sebagai pelacur banduan terhormat dan penjilat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Screenshot 2024 12 28 at 3.22.16 PM

Notis tuntutan saman itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi dan telah diserahkan kepada Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, sebagai defendan. Pihak Ketua Polis Negara menutut ganti rugi bagi fitnas lisan, ganti rugi fitnah bertulsi, ganti rugi am, ganti rugi teruk atau teladan dan ganti rugi khas.

Ketua Polis Negara ketika dihubungi sumber mengesahkan perkara itu namun beliau enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, PDRM membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Papagomo dalam satu klip video. PDRM juga telah merakam keterangan Papagomo berhubung kes itu di Balai Polis Setapak pada 19 Disember lalu.

Screenshot 2024 12 28 at 3.22.57 PM

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Baca: Cederakan Syed Saddiq & Sebut Perkataan ‘B*doh’, Papagomo Didenda RM2,100

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.