Dalam rasa teruja, pasti akan ada rasa rindu dan sedih buat murid-murid sekolah kerana tak dapat bersua dengan rakan, lebih menyedihkan kalau murid tersebut bakal berpindah sekolah.
Sebak melihat anaknya bersedih kerana mahu berpindah sekolah, TikToker Norashikin Din tunaikan permintaan anaknya itu untuk memberikan hadiah kepada kawan-kawan sekolahnya sebelum cuti akhir tahun sebelum mereka berpisah kerana anaknya akan ke sekolah baharu tahun depan.
Artikel berkaitan : Peguam Kongsi Kisah Sedih, Ibu Ditahan Curi ‘Pencil Box’ Sebab Nak Beri Hadiah Anak Dapat No. 1 Di Sekolah
Artikel berkaitan : [VIDEO] Ramai Sebak Tengok Lelaki Sanggup’ Ride’ Motosikal Sebelah Tangan Sejauh 40KM Bawa Hadiah Anak
Difahamkan anaknya yang dinamakan Harith itu tidak akan lagi bersekolah di sekolah kebangsaan, Norashikin menjelaskan yang Harith akan bersama adik-adiknya memakai jubah. Jadi, pada hari terakhir sekolah, dilihat rakan-rakan Harith menerima hadiah barang jenama Smiggle
Malah dilihat guru kesayangan Harith juga ada menerima hadiah daripada ibu bapa Harith. Dalam video yang meraih jutaan tontonan, ia sudah semestinya mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang mendoakan keluarga ini dimurahkan rezeki dan pastinya ada juga yang memberi pandangan yang berbeza.
@nurashikindin Perpisahan Abg Hafiz Harith dengan kawan-kawan sekolah dia ?. Dia request nak bagi hadiah untuk kawan kawan dia. Momydady turuti je. Sebak , sedih kami laki bini haa. Memori bersama selama 3tahun akhirnya berakhir. Harith banyak kali cakap tak nak pindah sekolah tapi dia tahu momydady nak yg terbaik untuk dia. Terima kasih abg. Nanti di sekolah baru abg jaga adik- adik ya. Hafiy & Hafiq akan sekolah sama dengan abg. Sama2 pakai jubah ?? Hafiz harith officially signing off sekolah kebangsaan ❤️. #sekolahakhirtahun #tahun3
Walau bagaimanapun, Norashikin menjelaskan bahawa dia terima dengan hari terbuka kerana pernah bersusah payah untuk sampai ke tahap ini.
“Ada juga yang kecam. Saya terima dengan hati terbuka. Saya dan suami pernah sesusah susah hidup. Kecaman tu dah biasa dalam diri.”
Dalam pada itu, ada juga yang memuji kemuliaan si ibu yang begitu pemurah menghadiahkan kanak-kanak ini dengan barangan Smiggle agar dapat merasa menggunakan barang mahal.
Rezeki masing-masing mungkin ini cara dia ‘memberi’, kita ikut kemampuan, lagi pun nak murah rezeki ada macam-macam cara lagi kan?
Sumber : TikTok