in

Sebak, Seminggu Arwah Ibu Dalam Peti Mayat Sebab Bil Hospital Terbengkalai RM 19,000

ft jenazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Si anak tidak mampu menahan pilu kerana ibunya tidak dapat dikebumikan dengan kadar segera dek kerana kos perubatan semasa hayat arwah di hospital masih belum langsai yang mencecah 5 angka.

Menerusi perkongsian daripada pengasas badan bukan kerajaan (NGO), Mr Wan Cai Official menerusi Facebooknya.


 

Seminggu dalam peti mayat hospital sebab tak langsaikan bil rawatan tertunggak

Kata pengerusi NGO yang menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah itu, arwah merupakan warga Indonesia berusia 53 tahun, dia dimasukkan ke sebuah hospital di Selangor sejak sebulan lalu akibat dijangkiti Covid-19.

Menurutnya menerusi mStar Online, arwah yang merupakan ibu kepada 2 orang anak itu, telah meninggal dunia lebih seminggu lalu akibat kompilasi selepas sembuh daripada Covid-19.

jenazah2

“Bil perubatan arwah yang perlu dibayar berjumlah hampir RM 19,000 untuk kos rawatan selama lebih sebulan di hospital. Jenazah dah 7 hari berada dalam peti beku mayat kerana 2 anak arwah iaitu pasangan kembar berusia 18 tahun tidak mempu bayar bil perubatan.”

Katanya lagi, suami arwah merupakan pemaustatin tetap dan telah meninggal dunia pada tahun 2016, hanya tinggal arwah dan anak-anak di Malaysia, mereka tiada saudara-mara lain di sini, semuanya di Indonesia.

Tambah Wan Chai lagi, arwah sebelum ini merupakan suri rumah sebelum mula berniagabarangan runcit secara kecil-kecilan.

Pihaknya telah dihubungi anak arwah bagi mendapatkan bantuan dan mereka kini sedang berusaha untuk mempermudahkan urusan pengebumian jenazah.

jenazah

“Dengan kerjasama rakan-rakan mencari jalan penyelesaian melalui beberapa proses, akhirnya bil perubatan dapat dikurangkan kepada RM 10,000.”

“Saya kemudian minta anak sulung arwah menghubungi ahli keluarga ibunya di Indonesia berikhtiar mencari duit tanpa meletakkan jumlah yang perlu dikumpulkan.”

Kata Wan Chai lagi, pihaknya sedia membuat kutipan derma kilat untuk pastikan jumlah mencukupi, namun begitu dia dihubungi oleh anak arwah lepas beberapa jam dengan memaklumkan bahawa mereka sekeluarga telah berjaya mengumpulkan RM 10,000.

“Saya tak pasti sama ada mereka pinjam sana sini dengan saudara-mara atau sebaliknya. Cuma saya yakin urusan jenazah telah dipermudahkan Allah, Alhamdulillah.”

Jenazah akhirnya telah disempurnakan pada hari kelapan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

 

Baca : Kes Mandikan Remaja Seperti Jenazah: Pihak Masjid Takkan Mohon Maaf, Serah Isu Kepada Peguam

remaja dimandikan jenazah masjid tak mahu mohon maaf

Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.