Kecoh media sosial hari ini apabila pelakon terkenal tanah air Diana Danielle memfailkan cerai terhadap suaminya Farid Kamil.
Terbaru, Farid Kamil menerusi Berita Harian memberitahu dia berharap kemelut rumah tangganya itu dapat diselesaikan dengan damai.
Dia turut berkata dia enggan melafazkan cerai kerana masih sayangkan rumah tangganya itu yang telah dibina sejak tahun 2012.
“Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah.
Saya masih sayangkan Diana dan tentunya, dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora,” katanya.
Pelakon yang bakal memegang watak PMX dalam filem Anwar: The Untold Story itu berkata dia menafikan wujudnya krisis di antara dia Diana hingga membawa keretakan dalam hubungan perkahwinan mereka.
“Sebenarnya, tiada apapun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah.
Tanyalah Diana, apa masalah dia, ketika ini saya sedang sibuk di lokasi penggambaran. Alhamdulillah, fokus saya kini lebih kepada mencari nafkah,” katanya.
Biarpun konflik rumah tangga melanda kedua-dua selebriti ternama itu namun Farid berkata isu itu tidak langsung mengganggu emosinya.
Sebelum ini, Diana didakwa memfailkan permohonan cerai terhadap Farid awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Semoga baik-baik je hubungan mereka…
Baca: Diana Danielle Didakwa Failkan Permohonan Cerai