in

“Sebagai bekas isteri, banyak perkara tak selesai & mengecewakan” – Abby Abadi Menyesal Banyak Perkara

abby abadi menyesal bekas suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Abby Abadi sekali lagi memuat naik hantaran, kali ini meluahkan rasa kesalnya kerana bersikap terlalu berlembut dan sentiasa mengalah dalam semua hal yang menyebabkan dia terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga yang tidak disangka.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, mendedahkan masih banyak perkara yang tidak selesai meskipun sudah berbelas tahun bercerai dengan pelakon Norman Hakim.


Dia juga kecewa dengan sikap bekas suaminya berhubung isu anak-anak mereka tetapi enggan membangkitkan perkara tersebut kerana khuatir dituduh membuka aib.

Artikel berkaitan: “Dari awal kes kantoi aku dah lemp*ng” – Suami Abby Abadi Dedah Pernah Beri Amaran Kepada Aslam

Artikel berkaitan: “Ya saya berkahwin secara senyap, tapi…” – Aslam Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Abby Abadi

“Terlalu banyak kesilapan yang saya buat. Antaranya terlalu berlembut dan mengalah dalam semua hal, rileks serta tenang sangat.

“Rupanya untuk jangka masa panjang, keadaan jadi di luar jangkaan. Perkara saling berkait.

“Sebagai bekas isteri kepada…., banyak perkara yang tak selesai dan mengecewakan saya. Berbelas tahun dah.

“Ingatkan bila berbaik, hal anak-anak akan jadi lebih baik tetapi sebagai mama kepada anak-anak yang ada ini, saya menyesal tentang banyak perkara. Sebut nanti kata buka aib pula,” katanya.

Sementara itu, Abby juga menjelaskan punca utama suaminya, Faizal Zakaria menampar menantunya, Aslam.

Dedahnya, tindakan tersebut diambil memandangkan sewaktu kejadian, anak perempuannya Marissa di bawah umur dan dalam jagaannya.

“Dua-dua memang salah tetapi kalau saya buat laporan polis waktu itu, Aslam yang akan ke dalam kan? Tetapi saya tak sampai hati,” jelasnya.

Screenshot 2025 04 18 121529

Kita doakan hal dalam keluarga ini dapat diselesaikan secara baik agar tidak lagi timbul dalam media sosial.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.