Korang pernah dengar tak istilah kencing syaitan? Selalunya orang tua kalau ada ruam-ruam mesti dia akan cakap ‘ni kena air kencing syaitan’ takpun dia akan cakap ‘ludah jin’. Banyak kepercayaan karut yang timbul.
Tapi menurut seorang ustaz yang namanya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat di negara ini, mendakwa orang yang susah bangun solat subuh ni sebenarnya dah dikencing oleh syaitan dalam telingnya. Betul ke?
Menerusi facebook Ustaz Azhar Idrus (UAI), beliau menjelaskan tentang isu berkenaan dari sudut pandang agama Islam, malah turut disertakan dengan hadis yang sahih. Weyh seriouslah..
Menurutnya ulamak telah memberikan 2 pandangan mengenai hadis ini. Ada yang menyifatkan ianya haqiqi (nyata dan benar) malah ada juga yang pandang sebagai majazi (kiasan).
Sebab tulah mak ayah selalu pesan, sebelum tidur ambil wudhuk dan basuh kaki dulu. Mungkin ini perkara yang nak dielakkan.
Baca: Hati-Hati! 4 Hadis Yang Kita Selalu Dengar Ini Rupa-rupanya Palsu!