in

“Sebab tu ada kubur letak loceng” – Seram! Ini 5 Kisah Orang Yang Pernah Ditanam Hidup-Hidup

collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang nak tahu, sebelum perubatan moden menjadi maju seperti sekarang, doktor sukar untuk ketahui perbezaan di antara kematian, koma, lumpuh dan katalepsi. Kerana penggunaan alat perubatan yang terhad pada zaman dahulu, benda-benda penting untuk ketahui seseorang itu masih hidup seperti degupan jantung, aktiviti otak dan fungsi pernafasan sukar untuk dikesan.

Jadi, untuk memastikan seseorang itu benar-benar dah meninggal dunia, doktor pada kurun ke-19 telah bergantung kepada beberapa perkara yang mereka boleh perhatiakan seperti tak sedarkan diri, tak bergerak, nadi tak dapat dikesan atau sekiranya anggota badan mula mengeras.


Bukan tu je, zaman dahulu ramai orang yang meninggal dunia di rumah dan telah disahkan mati oleh ahli keluarga sendiri. Bagi mengelakkan benda yang tak sepatutnya berlaku, beberapa hospital di London turut menyediakan rumah mayat di mana mayat akan disimpan untuk beberapa hari bagi melihat tanda-tanda mayat reput sebagai petunjuk bahawa seseorang itu benar-benar telah mati.

Artikel berkaitan: Penculikan Chowchilla 1976: Kisah Bagaimana 26 Pelajar Sekolah Terselamat Meski Ditanam Hidup-Hidup

Artikel berkaitan: 4 Kisah ‘Reinkarnasi’, Kanak-Kanak Dakwa ‘Mati Hidup Semula’ Ni Memang Boleh Buat Korang Rasa Seram Sejuk!

Keranda keselamatan

zH2ShPKwBFjH93Vb3fbS GuQqPp7u9WdWCsp9KXDH8.jpg

Di ahkir kurun ke-17, terdapat satu ketakutan yang dipanggil tafofobia iaitu fobia ditanam hidup-hidup yang telah menyebabkan ramai orang takut sehinggakan mereka telah mencipta cara-cara untuk elakkan perkara ini terjadi seperti, keranda keselamatan.

Keranda keselamatan telah dibuat dengan mekanisme istimewa yang membolehkan seseorang yang ditanam hidup-hidup gunakan untuk memberitahu orang yang berdekatan mengenai keadaan mereka.

Keranda keselamatan ini awalnya hanya dibuat dengan mengikat tali pada jari mayat di mana bila ia ditarik, loceng yang diletakkan di atas kubur akan berbunyi.

Namun begitu, keranda keselamatan rasmi pertama telah dibuat untuk Duke Ferdinand dari Brunswick sebelum kematiannya pada 1792. Putera ini telah meminta satu keranda siap dengan tingkap bagi membolehkan cahaya masuk dan satu tiub untuk bernafas beserta kunci yang boleh dibuka dari dalam. Apabila dia meninggal dunia, dia telah dikebumikan di makam keluarganya beserta kunci di tangannya sekiranya dia perlu melepaskan diri, pun begitu dia tak pernah menggunakan kunci tersebut.

Walaupun keranda keselamatan ini sangat popular, namun begitu keberkesanannya tak diketahui. Pengkritik pada ketika itu telah mempersoalkan kegunaannya dengan mengatakan bahawa bekalan udara yang tak mencukupi menjadikan orang yang ditanam hidup-hidup sukar untuk cuba melepaskan diri.

Kisah orang yang ditanam hidup-hidup

buried alive.jpg

Jadi dekat bawah ni merupakan beberapa kisah orang yang disangka telah meninggal dunia dan dikebumikan, namun sebenarnya telah ditanam hidup-hidup. Memang menakutkan!

1. Anna Hockwalt

Pada Februari 1884, Anna Hockwalt tiba-tiba meninggal dunia ketika menghadiri perkahwinan abangnya. Seorang doktor telah dipanggil untuk memeriksa wanita ini dan dia telah disahkan meninggal dunia serta merta ekoran serangan jantung. Anna kemudiannya telah dikebumikan namun rakan-rakannya mula mempersoalkan kematian tersebut.

Apabila ahli keluarganya kemudian membuat keputusan untuk menggali semula kubur Anna, mereka temui mayatnya telah berpusing, jarinya telah digigit sampai ke tulang dan tangannya penuh dengan rambut. Dari keadaan mayatnya itu, memang jelas Anna telah menderita kerana ditanam hidup-hidup.

2. Philomele Jonetre

Philomele Jonetre telah disahkan mati pada 1867 selepas dijangkiti penyakit kolera. Keluarganya telah mengebumikan mayatnya beberapa jam kemudian bagi mengelakkan penyakitnya itu berjangkit.

Tapi lepas beberapa jam, penggali kubur telah mendengar bunyi ketukan dari dalam keranda. Kubur tersebut telah digali semula dan Philome telah dibawa untuk berjumpa dengan doktor namun dia sekali lagi telah disahkan meninggal dunia dan menjalani pengebumian keduanya pada keesokan harinya.

3. Tom Guerin

Pada pertengahan kurun ke-18, Ireland telah mengalami satu tempoh yang dipanggil Kebuluran Besar di mana kelaparan dan penyakit telah membunuh lebih dari 1 juta orang. Disebabkan ini, ramai orang yang meninggal dunia perlu dikebumikan secepat mungkin tanpa berjumpa dengan paderi mahu pun doktor untuk mengesahkan kematian.

Perkara yang sama turut menimpa Tom apabila dia telah dikebumikan dengan cepat di dalam pengebumian beramai-ramai. Terdapat beberapa teori tentang bagaimana Tom ditemui, tapi teori paling popular adalah apabila cangkul penggali kubur dikatakan telah terkena kaki Tom dan menyedari bahawa kanak-kanak berusia tiga tahun ini masih hidup.

Kerana ini, apabila Tom digali keluar dari kuburnya, kakinya telah patah dan dia tempang seumur hidup akibat insiden tersebut. Pun begitu, lelaki ini telah hidup selama 50 tahun dan turut menjadi seorang penyair.

4. Angelo Hays

Pada 1937, seorang lelaki dari Perancis, Angelo Hays telah mengalami kemalangan motosikal yang menyebabkan muka dan kepalanya cedera parah. Kecederaan tersebut sangat teruk sehingga dia telah disahkan meninggal dunia tiga hari kemudian.

Apabila syarikat insurans mencurigai kematiannya selepas bapa Angelo mengeluarkan wang insurans anaknya ini, mereka meminta untuk mayat Angelo dikeluarkan. Selepas kubur digali, mereka temui mayat Angelo masih hangat.

Ekoran ini, Angelo telah dihantar semula ke hospital dan telah dirawat dan dapat hidup beberapa tahun lagi. Lelaki ini juga turut mencipta keranda keselamatan yang lengkap dengan oven kecil, peti air dan pemain kaset.

5. Mike Meaney

Antara kes yang tak lama sangat berlaku merupakan seorang kontraktor Mike Meaney yang rasai sendiri pengalaman untuk ditanam sedalam enam kaki secara sukarela. Mike yang cuba mendapatkan populariti telah membuat keputusan untuk pecahkan rekod sebagai manusia pertama paling lama ditanam hidup-hidup pada 1968.

Jadi, pada 12 Februari 1968, dihadapan ribuan penonton dan wartawan, Mike telah ditanam dan selama 61 hari, lelaki ini telah makan, bersenam secara baring, membaca buku dan tidur di dalam kerandanya sebelum dia “dihidupkan semula” pada April sambil menerima sorakan dari penyokongnya.

Sumber: Ripleys

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.