in

“Sebab selalu tak datang” – Qistina Raisah Mengaku Dibuang Sekolah Ketika Darjah 1

Qistina Raisah Tak Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Qistina Raisah bukanlah nama asing dalam industri lakonan Malaysia, dia sudah mula berkecimpung dalam bidang seni sejak usianya 4 tahun.

Pelakon remaja yang kini berusia 14 tahun itu, berkongsi dia sebenarnya tidak pergi ke sekolah seperti remaja yang lain kerana dia dibuang sekolah seawal usia tujuh tahun (darjah 1).


Qistina Raisah atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarol Azri memberitahu kepada Kosmo! dia hanya sempat ke sekolah selama 10 hari sebelum dibuang kerana kerap tidak hadir ke sekolah.

“Saya memang tidak ada pengalaman duduk di kantin sekolah. Sebab saya hanya pernah pergi ke sekolah selama 10 hari sahaja ketika darjah satu.

Selepas itu saya dibuang sekolah sebab selalu tak datang,” katanya.

Difahamkan, dia tidak hadir ke sekolah kerana terlalu sibuk menjalani penggambaran drama dan beberapa program TV lain.

“Jadi saya hanya belajar di rumah (homeschooling) sejak berusia tujuh tahun lagi sampai sekarang,” jelasnya.

Ketika dia berada di darjah enam, pelakon muda itu pernah cuba sekali lagi untuk mendaftar masuk ke sekolah bagi menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), namun pandemik Covid-19 pula melanda.

“Selepas itu saya dapat ‘job’ ke Itali untuk penggambaran bersama Zul Ariffin dan Neelofa. Cikgu pula ingat saya pergi bercuti, kena buang terus (lagi sekali),” katanya.

Selain itu, dia berkongsi bahawa dia belajar sendiri subjek asas dan mengikuti kelas bahasa seperti bahasa Mandarin dan juga muzik (gitar), selain akan mendaftar kelas menembak pada masa akan datang.

Baca: “Berlakon satu apa award pun takde” –  Puteri Balqis Bengang, Disindir Pelakon Umur 14 Tahun?

Puteri Balqis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.