Selain dijadikan tempat untuk berhibur, TikTok juga dah jadi satu platform baru untuk membeli belah secara online. Macam-macam barang kita dapat lihat, ada yang jual barang perkakas dapur, perhiasan, pakaian, makanan dan banyak lagi.
Tapi kepelbagaian itu juga telah mengundang rasa gerun apabila ada yang mendakwa segelintir oeniaga menjual barang-barang yang dikaitkan dengan perkara mistik.
Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Twitter, dikatakan ada peniaga menjual minyak pengasih dan iklankan secara online.
Buluh perindu menurut islam?
Difahamkan, peniaga itu menjual barang tersebut dan mendapat sambutan daripada pembeli, malah apa yang membuatkan wanita ini pelik adalah sikap peniaga yang overclaim.
“Kenot brain lah nama buluh perindu menurut Islam??? Sejak bila pulak Islam ajar berharap selain dari Allah ni. Christmas haram, valentine haram tapi buluh perindu boleh normalise pulak ye. Ada yg pakai dekat bf?? Apooo setan pun risau.”
Dahlah rupa macam bulu jembut campur air
— Sofea Luv Amotti ? (@sofeachipscake) December 20, 2022
Btw mintak tolong korang pergi report lah acc ni. Soon or never scary pulak kalau org terdekat beli benda ni pakai utk kita. Kita ni biar tak de orang nak tapi jangan sesekali pakai benda syirik utk bg org suka kita. Business owner ingat ingat lah Tuhan ye
— Sofea Luv Amotti ? (@sofeachipscake) December 20, 2022
Perkongsian ini telah meraih 1,963 dalam masa 3 jam, rata-rata netizen turut sama tergamam apabila melihat iklan yang ditayangkan itu. Malah, ada juga netizen yang kongsikan pengalaman mereka ternampak jualan-jualan sebegini.
Sebenarnya min pernah je tengok iklan macam ni dan ingatkan saja-saja je, tapi tak sangka rupanya memang betul juga, haihhhh, yang peliknya tu siap ada yang beli dan bagi review lagi! Dah la harga mahal.
Baca : Lelaki Aniaya Pembeli, Jual Minyak Masak Campur ‘Minyak Sembahyang’